awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
1,000 Sekolah Angkat Madani berjaya ditubuhkan, melebihi sasaran awal - PM Anwar
DUNIA
34 lagi warga Palestin terbunuh dalam dua serangan besar Israel di Gaza
MALAYSIA
Siasatan seleweng dana lebuh raya: Kertas siasatan lengkap dalam tempoh dua bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

60 peratus rakyat Amerika tidak setuju AS terlibat dalam konflik Israel-Iran - Tinjauan

Bernama
Bernama
20/06/2025
03:00 MYT
60 peratus rakyat Amerika tidak setuju AS terlibat dalam konflik Israel-Iran - Tinjauan
Trump pada Khamis berkata beliau akan membuat keputusan dalam tempoh dua minggu sama ada akan melancarkan serangan terhadap Iran atau sebaliknya. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Majoriti rakyat Amerika Syarikat menolak penglibatan negara itu dalam konflik yang semakin memuncak antara Israel dan Iran, menurut satu tinjauan yang dikeluarkan minggu ini.
Tinjauan oleh The Economist/YouGov mendapati hanya 16 peratus rakyat Amerika menyokong campur tangan ketenteraan oleh AS dalam konflik itu, manakala 60 peratus menentangnya dan 24 peratus lagi tidak pasti, lapor Anadolu Ajansi memetik kaji selidik itu.
Penolakan terhadap penglibatan AS dalam konflik itu turut merentasi batas parti politik, dengan 65 peratus Demokrat, 61 peratus pengundi Bebas dan 53 peratus Republikan menyatakan bantahan -- mencerminkan penolakan dwipartisan yang meluas terhadap sebarang penglibatan ketenteraan.
Tinjauan itu dijalankan melibatkan 1,512 rakyat dewasa Amerika Syarikat, dengan margin ralat kira-kira tiga peratus.
Presiden AS Donald Trump pada Khamis berkata beliau akan membuat keputusan dalam tempoh dua minggu sama ada akan melancarkan serangan terhadap Iran atau sebaliknya.
"Berdasarkan kemungkinan besar rundingan dengan Iran yang mungkin atau mungkin tidak berlaku dalam masa terdekat, saya akan membuat keputusan sama ada untuk bertindak atau tidak dalam tempoh dua minggu," kata Trump dalam kenyataan yang dibacakan oleh jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt.
Pengumuman itu dibuat ketika Trump berdepan perpecahan dalam kalangan penyokong Republikan sendiri berhubung persoalan sama ada beliau wajar menyertai kempen Israel menentang Iran.
Beberapa tokoh berpengaruh termasuk personaliti media Tucker Carlson, penasihat strategik Trump Steve Bannon, Senator Rand Paul dan Ahli Kongres Marjorie Taylor Greene memberi amaran agar Trump tidak melibatkan diri secara langsung dalam tindakan ketenteraan.
Ramai dalam kalangan mereka memberi amaran bahawa campur tangan ketenteraan secara langsung akan menyeret Trump ke kancah konflik asing yang memakan kos tinggi -- sesuatu yang selama ini beliau tentang secara lantang ketika berkempen sebagai calon presiden.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#konflik Israel-Iran
#the economist
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami