MALAYSIA
1,000 Sekolah Angkat Madani berjaya ditubuhkan, melebihi sasaran awal - PM Anwar

Perdana Menteri bersama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (kiri) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merasmikan peluncuran Sekolah Angkat Malaysia Madani di sini hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Sebanyak 1,000 buah Sekolah Angkat Madani berjaya diwujudkan di seluruh negara, hasil kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta.
Ringkasan AI
- Sebanyak 1,000 Sekolah Angkat Madani berjaya diwujudkan, melebihi sasaran awal 300 sekolah, hasil kerjasama kerajaan dan sektor swasta.
- Program ini bertujuan menangani jurang pendidikan, dengan memadankan organisasi berkemampuan dengan sekolah yang memerlukan sokongan, termasuk di kawasan pinggir bandar.
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim tekankan kepentingan penglibatan sektor swasta, bukan sekadar atas dasar CSR tetapi sebagai komitmen membina masyarakat Madani yang inklusif.
"“Kita mengharapkan sumbangan bukan sahaja dari segi kewangan untuk kemudahan sekolah, tetapi juga sokongan menyeluruh. Banyak sekolah di pinggir bandar kini mula menerima manfaat melalui inisiatif ini. Rangkaian kerjasama ini perlu diperluaskan ke seluruh negara,” katanya ketika merasmikan Majlis Peluncuran Sekolah Angkat Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Menurut Anwar, penglibatan sektor swasta amat penting dalam memperkukuh sistem pendidikan negara, bukan sekadar dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR), tetapi berlandaskan nilai ihsan dan komitmen membina sebuah masyarakat Madani yang inklusif.
Turut hadir, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, sebanyak 80 organisasi awam dan swasta telah tampil menyatakan komitmen untuk mengangkat lebih 800 buah sekolah yang jauh melepasi sasaran awal sebanyak 200 sekolah.
Program Sekolah Angkat Madani diwujudkan bagi menangani jurang pendidikan di seluruh negara dengan memadankan organisasi yang mempunyai sumber kukuh dengan sekolah yang memerlukan sokongan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami