SEORANG wanita memulangkan buku berjudul Myths and Legends of Maoriland karya AW Reed ke Perpustakaan Komuniti Epsom di sini pada Khamis.

Dia meminjam buku tersebut pada tahun 1949.

Menurut perkongsian perpustakaan tersebut di Facebook, wanita yang enggan dinamakan itu tidak sedar dia membawa buku tersebut bersamanya ketika meninggalkan Auckland.

Menurut Independent, wanita tersebut memberitahu petugas perpustakaan dia sudah lama ingin memulangkan buku tersebut.

Lebih tepat lagi, sudah 67 tahun.


Menurut rekod perpustakaan, buku tersebut lewat dipulangkan selama 24,604 hari dan mengumpul denda sejumlah NZ$24,500 (RM66,700).

Perpustakaan tersebut bagaimanapun mengambil keputusan untuk tidak mendenda wanita tersebut kerana buku tersebut masih dalam keadaan baik.