awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 maut dalam insiden kereta kabel terhempas di India

Agensi
Agensi
25/06/2017
14:09 MYT
7 maut dalam insiden kereta kabel terhempas di India
Tujuh orang maut apabila kereta kabel yang dinaiki mereka terhempas di resort ski Gulmarg. -
Tujuh orang maut apabila kereta kabel yang dinaiki mereka terhempas di sebuah resort ski di Jammu dan Kashmir, India.
Kejadian berlaku setelah angin kencang menyebabkan sebatang pokok berhampiran tumbang lalu menimpa dan memutuskan kabel yang memegang gondola terbabit di Resort Ski Gulmarg pada Ahad.
Gondola yang dinaiki mangsa terhempas dari ketinggian beratus-ratus kaki dari tanah dan mengorbankan, antara lain, pasangan suami isteri dengan dua anak mereka serta seorang pemandu pelancong tempatan.
Perkhidmatan kereta kabel berkenaan dihentikan seketika sebelum operasinya diteruskan setelah usaha menyelamat pelancong yang terkandas pada 15 kereta kabel yang lain selesai.
Insiden tersebut dilaporkan yang pertama dalam sejarah perkhidmatan kereta kabel Gulmarg yang mula beroperasi pada tahun 1998, dan dibina oleh firma Perancis Pomalgalski.
Perkhidmatan kereta kabel Gulmarg sangat popular pada musim sejuk dan merupakan projek kereta kabel kedua tertinggi di dunia pada ketinggian 13,780 kaki dari paras laut, di mana ia boleh mengangkut sehingga 600 orang dalam satu jam.
Topic Berkaitan
#gondola
#India
#kereta kabel
#pelancong
#Resort Ski Gulmarg
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan