awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 maut pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas

Bernama
Bernama
10/12/2025
01:30 MYT
7 maut pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas
Pesawat pengangkut tentera Rusia An-22. - Gambar hiasan/airports-worldwide
MOSCOW: Sebuah pesawat pengangkut tentera Rusia terhempas pada Selasa di Ivanovo, sebuah wilayah tengah Rusia kira-kira 250km timur laut Moscow, mengorbankan tujuh orang yang berada di dalamnya, menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.
"Hari ini, di wilayah Ivanovo, pesawat pengangkut tentera An-22 terhempas semasa penerbangan ujian selepas menjalani penyelenggaraan. Pesawat itu terhempas di kawasan tidak berpenghuni," menurut Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan.
Perkhidmatan kecemasan tempatan memberitahu TASS bahawa pesawat An-22 itu membawa tujuh orang di dalamnya semasa ia terhempas.
Jawatankuasa Penyiasatan Rusia mengesahkan bahawa semua kru yang berada di dalamnya terkorban, sambil menambah insiden itu sedang disiasat.
Saksi melaporkan bahawa An-22 mula pecah di udara. Serpihan dari pesawat itu menjunam ke dalam Takungan Uvod.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penerbangan ujian
#pesawat terhempas
#pesawat pengangkut
#tentera Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan