awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

708 terbunuh di Bangladesh semasa protes terhadap pemerintahan bekas PM

Bernama
Bernama
25/09/2024
00:50 MYT
708 terbunuh di Bangladesh semasa protes terhadap pemerintahan bekas PM
Pemberontakan besar-besaran yang diketuai pelajar pada Julai dan Ogos, mengakibatkan penamatan pemerintahan 15 tahun Hasina. - Foto fail/REUTERS
DHAKA: Sekurang-kurangnya 708 orang, kebanyakannya orang awam, terbunuh semasa demonstrasi menentang pemerintahan bekas perdana menteri Sheikh Hasina, kata kerajaan peralihan Bangladesh pada Selasa.
Bangladesh menyaksikan pemberontakan besar-besaran yang diketuai pelajar pada Julai dan Ogos, mengakibatkan penamatan pemerintahan 15 tahun Hasina selepas beliau melarikan diri dari negara itu pada 5 Ogos di tengah-tengah lonjakan penunjuk perasaan di Dhaka dan sekitar kediamannya, lapor Agensi Anadolu.
Berikutan pemergian Hasina, satu-satunya pemenang Hadiah Nobel Bangladesh Muhammad Yunus mengambil alih kepimpinan kerajaan peralihan dan berjanji untuk mengeluarkan senarai mereka yang terbunuh semasa pemberontakan Julai.
Senarai yang kebanyakannya terdiri daripada nama orang awam bersama beberapa anggota polis, dikeluarkan oleh Umme Habiba, timbalan setiausaha Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Keluarga.
Senarai itu akan tersedia untuk semakan awam sehingga 6 Oktober, membolehkan keluarga dan wakil si mati mengesahkan, membetulkan atau menambah nama, alamat dan butiran lain yang berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#protes
#Sheikh Hasina
#Terbunuh
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan