DUNIA
72 terbunuh dalam serangan Israel di Gaza, termasuk kanak-kanak dan penerima bantuan

Beberapa keluarga dilaporkan terbunuh ketika berada di dalam khemah perlindungan mereka di kawasan Muwasi dan Bureij. - Foto fail/REUTERS
GAZA: Sekurang-kurangnya 72 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara berterusan oleh Israel di seluruh Semenanjung Gaza pada Ahad, termasuk beberapa kanak-kanak dan individu yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan, menurut sumber perubatan tempatan.
Serangan terbaru menyasarkan kawasan padat penduduk di Bandaraya Gaza, termasuk berhampiran kem pelarian dan pusat pengagihan bantuan.
Pasukan perubatan melaporkan bahawa ramai mangsa maut ketika sedang beratur untuk mendapatkan bekalan makanan dan air bersih.
Hospital-hospital utama seperti Al-Shifa, Nasser, dan Al-Ahli menerima puluhan mayat dan mangsa cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak.Beberapa keluarga dilaporkan terbunuh ketika berada di dalam khemah perlindungan mereka di kawasan Muwasi dan Bureij.
Rakaman dari lokasi kejadian menunjukkan suasana hiba apabila ahli keluarga menangisi jenazah yang dibalut kain putih, manakala pasukan penyelamat terus menggali runtuhan untuk mencari mangsa yang masih tertimbus.
Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung serangan pada Ahad.
Namun, pihak tentera sebelum ini menyatakan bahawa operasi mereka menyasarkan infrastruktur Hamas dan pejuang bersenjata.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa lebih 56,500 rakyat Palestin telah terbunuh sejak perang bermula pada Oktober 2023, dengan lebih separuh daripadanya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami