awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
MALAYSIA
AI perlu dilihat sebagai sebagai pemerkasa industri - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Rasuah lesen cari gali: Kerajaan Sabah tidak akan campur tangan, serah kepada proses undang-undang

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2025
09:12 MYT
Rasuah lesen cari gali: Kerajaan Sabah tidak akan campur tangan, serah kepada proses undang-undang
Hajiji berkata, kerajaan negeri menyerahkan sepenuhnya isu rasuah membabitkan dua ADUN yang berdepan pertuduhan, kepada proses undang-undang. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan campur tangan dalam sebarang siasatan dan tindakan undang-undang terhadap mana-mana pemimpin kerajaan.
Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, kerajaan negeri juga menyerahkan sepenuhnya isu membabitkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berdepan pertuduhan rasuah kepada proses undang-undang.
“Kita menghormati undang-undang, dan kita akan membiarkan proses undang-undang berjalan seperti sepatutnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, Dua ADUN masing-masing ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandi didakwa atas pertuduhan rasuah di hadapan Mahkamah Sesyen, Jason Juga di Kota Kinabalu.
Mengenai kedudukan dua ADUN itu dalam kerajaan semasa, Hajiji berkata beliau akan meneliti perkara itu dengan sebaiknya selepas menerima semua maklumat dan laporan berkaitan.
Hajiji berkata Kerajaan Negeri komited untuk memastikan integriti dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan.
Andi, yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan manakala Dr Yusof yang merupakan Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad, dituduh menerima wang daripada seorang individu bernama Datuk Tei Jeinn Cheing sebagai dorongan membantu mendapatkan lesen mencari gali mineral bagi dua syarikat milik rakan niaga Tei.
Tei turut didakwa di mahkamah sama atas kesalahan memberi rasuah.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Sabah
#kes rasuah
#Hajiji Noor
#undang-undang
#kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami