Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menggaul yee sang ketika berangkat ke Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina anjuran Bernama di Kuala Lumpur malam tadi. Turut serta, Fahmi, Sim dan Wong. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), malam tadi.
Ringkasan AI
- Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berangkat hadiri Majlis Makan Malam Sempena Tahun Baharu Cina anjuran Bernama di Kuala Lumpur.
- Kehadiran baginda berdua disambut oleh Menteri Komunikasi, Menteri Pembangunan Usahawan, dan pemimpin tertinggi Bernama.
- Majlis itu menonjolkan kepentingan kepelbagaian budaya Malaysia dalam meraikan perayaan bersama serta memperkukuh nilai keharmonian dalam masyarakat.
Dalam sembah ucapan, Wong menjunjung kasih atas keberangkatan Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor ke majlis berkenaan, sambil menyifatkan kehadiran baginda berdua amat bermakna dan menyinari suasana sambutan.
Beliau berkata Tahun Baharu Cina bukan sahaja melambangkan permulaan baharu, nilai kekeluargaan dan kemakmuran, malah merupakan sebahagian penting daripada kepelbagaian budaya yang kaya di Malaysia.
"Di Malaysia, kekuatan kita terletak pada kepelbagaian perayaan, sama ada Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Deepavali, Krismas, Gawai atau Kaamatan, yang mengingatkan kita tentang kepentingan saling menghormati, memahami dan bersatu sebagai sebuah negara," katanya.
Beliau berkata perayaan itu juga memberikan ruang kepada rakyat untuk menghargai tradisi antara satu sama lain serta memperkukuh nilai keharmonian yang menjadi teras Malaysia.
Mengambil semangat itu, Wong berharap Tahun Kuda yang disambut pada tahun ini akan membawa kecergasan serta kejayaan berterusan kepada semua, selaras dengan lambang semangat keberanian, tenaga luar biasa, cita-cita tinggi dan ketekunan.
Majlis berkenaan turut meraikan ulang tahun kelahiran ke-45 Fahmi, yang jatuh pada 4 Feb.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


