awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7,500 paket tembakau kunyah ditemui di bawah timbunan karipap - ICA

Bernama
Bernama
02/07/2019
06:31 MYT
7,500 paket tembakau kunyah ditemui di bawah timbunan karipap - ICA
Sebahagian daripada 7,500 paket tembakau yang disembunyikan di bawah timbunan karipap, dan cuba diseludup masuk ke Singapura. - Facebook: ICA Singapore
Pihak berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura menemui 7,500 paket tembakau yang disembunyikan di bawah timbunan karipap dalam sebuah van bernombor pendaftaran Malaysia di Pusat Pemeriksaan Tuas, Sabtu lepas.
Menerusi hantaran dalam laman Facebook ICA hari ini, pegawai pihak berkuasa itu memberhentikan van terbabit dengan muatan yang diisytiharkan sebagai karipap yang dibungkus di dalam beberapa kotak, untuk pemeriksaan lanjut.
Sehubungan itu, seorang pemandu lelaki Malaysia berumur 32 tahun dan penumpang berumur 30 tahun dirujuk kepada Pihak Berkuasa Sains Kesihatan untuk tindakan lanjut, katanya.
"Sempadan kami adalah pertahanan pertama kami dalam menjaga keselamatan Singapura," kata pihak berkuasa itu.
ICA berkata pihaknya akan terus melakukan pemeriksaan keselamatan terhadap penumpang dan kenderaan untuk mencegah percubaan penyeludupan manusia, senjata, bahan letupan atau kontraban lain.
Kaedah penyembunyian yang sama digunakan oleh penyeludup mungkin digunakan oleh pengganas untuk menyeludup senjata api dan bahan letupan untuk melakukan serangan di Singapura, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan kontraban
#karipap
#pemandu malaysia
#seludup
#Singapura
#tembakau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan