Skip to main content

Malaysia

Malaysia-China perlu perluas kerjasama melangkaui perdagangan, pelaburan tradisional – PM Anwar

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong (lima, kanan) menyempurnakan gimik perasmian Persidangan Usahawan Malaysia-China 2026 di Wisma Huazong hari ini. - Foto Bernama
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong (lima, kanan) menyempurnakan gimik perasmian Persidangan Usahawan Malaysia-China 2026 di Wisma Huazong hari ini. - Foto Bernama

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru Malaysia dan China memperluas kerjasama ekonomi kepada inovasi, kerjasama industri dan pembangunan bakat.
  • Anwar menyatakan kedua-dua negara mempunyai ekonomi saling melengkapi dan potensi besar untuk memperdalam kerjasama yang memberi nilai tambah kepada perniagaan dan masyarakat.
  • Persidangan Usahawan Malaysia-China Ke-16 disifatkan sebagai platform penting memperkukuh hubungan perniagaan, membuka peluang baharu dan mempererat hubungan komuniti perniagaan kedua-dua negara.
Advertisement

SERI KEMBANGAN: Malaysia dan China perlu memperluas kerjasama ekonomi melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional dengan memberikan penekanan lebih besar kepada inovasi, kerjasama industri serta pembangunan bakat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai ekonomi yang saling melengkapi dan berpotensi besar untuk memperdalam kerjasama dalam bidang yang mampu menjana nilai lebih besar kepada sektor perniagaan dan masyarakat kedua-dua negara.

“Kerjasama kita melangkaui perdagangan dan pelaburan tradisional.

Advertisement

“Kita perlu terus bekerjasama dalam meneroka inovasi, memperkukuh kerjasama industri, membangunkan bakat serta mewujudkan nilai lebih besar kepada sektor perniagaan dan rakyat,” katanya menerusi ucaptama dalam rakaman video sempena Persidangan Usahawan Malaysia-China Ke-16 anjuran Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) di sini hari ini.

Anwar turut mengucapkan tahniah kepada MCCC atas penganjuran persidangan itu yang disifatkannya sebagai platform penting untuk memperkukuh hubungan perniagaan, meningkatkan persefahaman serta membuka peluang baharu antara kedua-dua negara.

Advertisement

Beliau berkata persidangan itu juga berpotensi menjadi pemangkin kepada cetusan idea baharu dan mempererat hubungan antara komuniti perniagaan Malaysia dan China.

“Semoga persidangan ini membuka peluang baharu, mencetuskan idea segar dan merapatkan lagi hubungan antara komuniti perniagaan kita,” katanya.

Anwar turut menyeru supaya usaha berterusan dipergiat bagi memperkukuh persahabatan antara Malaysia dengan China serta membina masa depan yang lebih cerah untuk kedua-dua negara.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement