Skip to main content

Dunia

Jepun lapor wabak selesema burung pertama musim ini

Musim selesema burung di Jepun lazimnya bermula pada musim luruh hingga musim bunga tahun berikutnya. - Gambar hiasan
Musim selesema burung di Jepun lazimnya bermula pada musim luruh hingga musim bunga tahun berikutnya. - Gambar hiasan
Advertisement

TOKYO: Sebuah ladang ternakan ayam di Wilayah Kyoto, barat Jepun, dilanda wabak selesema burung yang sangat patogenik, menurut Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun pada Khamis, lapor Xinhua.

Kejadian itu merupakan wabak selesema burung pertama yang disahkan di negara berkenaan pada musim ini.

Musim selesema burung di Jepun lazimnya bermula pada musim luruh hingga musim bunga tahun berikutnya.

Advertisement

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan kementerian itu pada Khamis, ladang terjejas terletak di Bandar Kameoka dan menternak kira-kira 200,000 ayam penelur.

Ujian genetik mengesahkan pada pagi Khamis bahawa ayam di ladang berkenaan dijangkiti virus selesema burung yang sangat patogenik.

Advertisement

Mengikut langkah kawalan penyakit yang ditetapkan, semua ayam di ladang itu akan dimusnahkan bagi mencegah penularan lanjut virus berkenaan.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement