Gabungan pakatan tentera yang diketuai Amerika Syarikat mengaku menyebabkan 77 orang awam maut dalam serangan udara di Raqqa pada 2017.

Menurut kenyataan pada Rabu, kesemua mereka yang terbunuh adalah mangsa dalam lima serangan udara yang dilancarkan antara Jun hingga Oktober 2017.

Bagi mereka, kematian penduduk awam adalah satu tragedi.

Namun, tentera pakatan menegaskan langkah perlindungan telah diambil sebelum serangan dilancarkan.

Pakatan tentera berkenaan bagaimanapun menafikan serangan udara mereka mengakibatkan 25 kanak-kanak dan 25 wanita terbunuh.

Kerajaan Syria dalam pada itu menyifatkan serangan tentera pakatan kumpulan pengganas tidak mendapat kebenaran daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas kumpulan pengganas di Iraq sejak Ogos 2014.

Ia kemudian dikembangkan ke Syria pada September tahun sama selepas kewujudan pakatan tentera.

Pada Jun 2017, operasi membebaskan Raqqa daripada serangan udara digerakkan.