awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya

Sinar Harian
Sinar Harian
09/12/2024
11:59 MYT
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa, terdapat halangan birokrasi mendapatkan bukti berkaitan penyelewengan dana 1MDB di mahkamah AS pada 2021 bagi beliau membela diri dan membersihkan nama. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa Amerika Syarikat (AS) bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Dakwa Najib, terdapat halangan birokrasi mendapatkan bukti berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mahkamah AS pada 2021 bagi beliau membela diri dan membersihkan nama.
“Saya juga percaya bahawa tindakan penyitaan ini bermotifkan politik dan dirancang sebagai sebahagian daripada kerjasama antara Parti Demokrat Amerika Syarikat dan parti pembangkang di Malaysia pada masa itu untuk melaksanakan pertukaran rejim di Malaysia.
“Saya juga percaya bahawa kerjasama ini adalah motif utama dalam menghalang akses saya kepada bukti pelepasan kerana ia akan melemahkan naratif mereka dan mendedahkan kesalahan dalam tuduhan mereka terhadap saya,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan penuh kes penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion dana 1MDB.
Sebelum ini, Najib memberi keterangan di mahkamah jenayah Malaysia bahawa Jabatan Kehakiman AS (DOJ) yang 'bermotifkan politik' menghalang usahanya mendapatkan bukti berkaitan 1MDB.
Najib berpendapat, DOJ bertindak melindungi bukti kerana ia jelas dapat menyangkal dakwaan melulu dan menolak tuduhan liar yang dikemukakan dalam tindakan penyitaan sivil mereka, termasuk tindakan penyitaan sivil DOJ yang difailkan pada 2016 dalam kes United States of America v Wolf of Wall Street Motion Picture.
"Itu semua bermotifkan politik kerana permohonan saya kepada peguam negara itu, Loretta Lynch tidak mendapat respons positif sebaliknya telah dihalang daripada mendapatkan keterangan bekas pengerusi Goldman Sachs Asia Tenggara, Tim Leissner dan Robert Ng," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#1MDB
#Najib Razak
#Amerika Syarikat
#sabotaj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan