awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara perlu cepat adaptasi ilmu AI, garis panduan keselamatan - MCCA
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

8 pelajar mati lemas selepas bot karam di Ghana

Bernama
Bernama
25/01/2023
04:03 MYT
8 pelajar mati lemas selepas bot karam di Ghana
Lima pelajar lelaki dan tiga perempuan berusia lima hingga 12 tahun itu adalah antara 20 pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah di Wayokope, sebuah komuniti di seberang tasik.- Gambar hiasan/Unsplash
GHANA: Lapan pelajar sekolah di Wilayah Timur Bono Ghana mati lemas pada Selasa selepas bot yang membawa mereka ke sekolah terbalik di Tasik Volta, menurut pegawai.
Pertubuhan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMO) memberitahu media lima pelajar lelaki dan tiga perempuan berusia lima hingga 12 tahun itu adalah antara 20 pelajar yang dalam perjalanan ke sekolah di Wayokope, sebuah komuniti di seberang tasik, lapor Xinhua.
Ibrahim Wudonyim, penyelaras NADMO, berkata Unit Polis Marin Perkhidmatan Polis Ghana, dibantu oleh beberapa penduduk tempatan, menemui mayat pelajar berkenaan.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#lemas
#pelajar sekolah
#Ghana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan