awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang berkurang petang ini, Melaka kekal
Kurang membaca dikaitkan dengan prestasi akademik rendah - Tinjauan FINCO
Malaysia bantah cubaan iktiraf ‘Somaliland’ sebagai destinasi pengusiran paksa rakyat Gaza - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9 maut Taufan Shaheen badai Oman, Iran

Astro Awani
Astro Awani
04/10/2021
03:25 MYT
9 maut Taufan Shaheen badai Oman, Iran
Ibu kota Oman, Muscat ditenggelami air akibat banjir susulan Taufan Shaheen. - Foto REUTERS/Sultan Al Hassani
SEKURANG-kurangnya sembilan terkorban selepas Taufan Shaheen membadai beberapa kawasan di Iran dan Oman.
Taufan berkenaan melanda kawasan persisr pantai negara itu dengan kelajuan angin antara 120 hingga 150 km/j.
Ribuan penduduk di kawasan tepi pantai telah dipindahkan di Oman.
Kebanyakan kawasan di pusat bandar Muscat pula ditenggelami air.
Menurut perkhidmatan meteorologi tempatan, Shaheen telah diturunkan kepada ribut tropika selepas mendarat.
Di Iran, pihak berkuasa memaklumkan sekurang-kurangnya enam terkorban di Sistan-Baluchestan, sebuah bandar pelabuhan.
Agensi berita rasmi negara itu melaporkan beberapa infrastruktur elektrik serta jalan raya alami kerosakan teruk akibat taufan berkenaan.
Di Oman, antara mangsa korban termasuk seorang kanak-kanak yang dilaporkan lemas akibat banjir.
Banjir berkenaan turut mengelamkan kereta di kawasan ibu kota Muscat, dan pihak berkuasa telah mengarahkan penduduk untuk kekal di rumah.
Semua penerbangan dari dan kepada Muscat juga dibatalkan
Selain itu satu perlawanan kriket antara Oman dan Scotland ditangguhkan akibat taufan berkenaan.
Di bandar al-Qurm, bekalan elektrik telah ditutup bagi mengelak insiden yang tidak diingini dan kira-kira 2,700 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara.
Penduduk Al-Ain di Arabiyah Arab Bersatu (UAE) berdekatan dengan sempadan Oman, diarah untuk kekal di rumah dan elak keluar kecuali dalam keadaan kecemasan.
Topic Berkaitan
#Taufan Shaheen
#maut
#banjir
#lemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan