awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

90,000 jemaah Palestin solat tarawih di Al-Aqsa walaupun dihalang Israel

Agensi
Agensi
16/03/2024
22:00 MYT
90,000 jemaah Palestin solat tarawih di Al-Aqsa walaupun dihalang Israel
Sebahagian daripada 90,000 umat Islam Palestin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, pada Jumaat lalu. - Gambar X @mxyaslytherin
BAITULMAQDIS: Seramai 90,000 umat Islam Palestin menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, pada Jumaat walaupun berdepan sekatan Israel.
Solat tarawih merupakan ibadah sunat yang khusus dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia bagi umat Islam.
Meurut Jabatan Wakaf Islam di Baitulmaqdis, jumlah jemaah itu menunaikan solat berkenaan pada malam keenam Ramadan di Palestin.
Agensi berita rasmi Palestin, WAFA pula melaporkan, jumlah tersebut merupakan jemaah terbesar yang pernahmenghadiri solat di Masjid Al-Aqsa dalam beberapa bulan ini.
Saksi memberitahu Anadolu, tentera-tentera Zionis dikerahkan di pintu masuk menuju ke masjid dan menghalang berpuluh-puluh pemuda daripada memasuki masjid tersebut.
Suasana di pekarangan Masjid Al-Aqsa semasa umat Islam menunaikan solat sunat tarawih, pada Jumaat lalu. - Gambar X @mxyaslytherin
Suasana di pekarangan Masjid Al-Aqsa semasa umat Islam menunaikan solat sunat tarawih, pada Jumaat lalu. - Gambar X @mxyaslytherin
Bagaimanapun, jumlah sebenar jemaah dihalang memasuki Masjid Al-Aqsa tidak pula disebut.
Israel menyekat jemaah Palestin daripada masuk ke Masjid Al-Aqsa di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat di seluruh Tebing Barat yang diduduki akibat serangan berterusan tentera Israel di Genting Gaza berikutan serangan rentas sempadan 7 Oktober oleh kumpulan Palestin, Hamas, yang mengorbankan lebih 31,000 orang.
Masjid Al-Aqsa merupakan tempat ketiga paling suci di dunia untuk umat Islam.
Orang Yahudi memanggil kawasan itu sebagai Gunung Kuil, mendakwa ia adalah tapak dua kuil Yahudi pada zaman dahulu.
Israel menduduki Baitulmaqdis Timur iaitu lokasi Al-Aqsasemasa Perang Arab-Israel 1967.
Ia menggabungkan seluruh bandar pada 1980 dalam satu langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. - Agensi
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Masjid Al-Aqsa
#solat tarawih
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan