DUNIA
95 maut dalam serangan berterusan Israel di Gaza

Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, sebanyak 95 mayat ditemui dan sekurang-kurangnya 281 mangsa cedera dibawa ke hospital-hospital di Gaza. - Gambar/ Reuters
GAZA: Sekurang-kurangnya 95 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak awal pagi Selasa, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 95 rakyat Palestin terbunuh dan 281 cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Selasa, dengan mayat mangsa dihantar ke beberapa hospital utama di Gaza.
- Israel menamatkan gencatan senjata secara sepihak pada 18 Mac dan meneruskan pencerobohan yang telah mengorbankan lebih 11,500 orang serta mencederakan hampir 49,000 sejak itu.
- Dalam tempoh 24 jam lalu, serangan turut mengorbankan 12 pencari bantuan dan mencederakan 90 yang lain, menjadikan jumlah korban dalam kalangan pencari bantuan meningkat kepada 2,306 orang.
Israel secara sepihak menamatkan perjanjian gencatan senjata Gaza pada 18 Mac lalu dan menyambung semula pencerobohannya dengan melancarkan siri serangan udara yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11,502 orang serta mencederakan 48,900 yang lain, menurut sumber perubatan.
Dalam tempoh 24 jam lalu sahaja, sebanyak 95 mayat dan sekurang-kurangnya 281 mangsa cedera dibawa ke hospital-hospital di Gaza.
Dalam tempoh yang sama, Israel membunuh 12 orang yang sedang mendapatkan bantuan dan mencederakan 90 yang lain, menjadikan jumlah korban dalam kalangan pencari bantuan meningkat kepada 2,306 orang manakala lebih 16,929 lagi cedera.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami