awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abbas minta AS campur tangan hentikan tindakan Israel di wilayah Palestin

Bernama
Bernama
22/04/2022
06:59 MYT
Abbas minta AS campur tangan hentikan tindakan Israel di wilayah Palestin
Abbas menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap situasi yang semakin meruncing di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur dan di Masjid Al-Aqsa. - Foto REUTERS
RAMALLAH (Palestin): Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pentadbirannya campur tangan menghentikan tindakan Israel di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur, lapor Xinhua.
Abbas membuat permintaan itu pada Khamis ketika mengadakan pertemuan dengan Pemangku Penolong Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Timur Tengah Yael Lambert dan Timbalan Penolong Setiausaha Negara bagi Israel dan Hal Ehwal Palestin Hady Amr, di bandar Ramallah Tebing Barat.
Abbas memberitahu dua wakil AS bahawa "Israel perlu segera menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin dan menghormati sepenuhnya undang-undang dan sejarah Masjid Al-Aqsa," lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Abbas menganggap Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap situasi yang semakin meruncing di wilayah Palestin, terutamanya di Baitulmaqdis Timur dan di Masjid Al-Aqsa.
"Keengganan Israel menghentikan tindakan unilateral dan mematuhi perjanjian yang ditandatangani, membenarkan pemimpin Palestin melaksanakan keputusan Majlis Pusat PLO dalam masa terdekat," kata Abbas.
Beliau memberi amaran terhadap peningkatan pencerobohan Israel di bandar, kampung dan kem Palestin, pembunuhan rakyatnya dan "serangan kejam di Tebing Barat, akan membawa kepada akibat lagi buruk."
"Adalah penting mewujudkan persefahaman politik hingga membawa kepada penamatan pendudukan Israel di wilayah Palestin," kata Abbas, sambil menggesa pembukaan semula Konsulat AS di Baitulmaqdis Timur.
Dua diplomat tinggi AS itu melawat Israel, Jordan dan Tebing Barat dalam usaha menamatkan ketegangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.
Ketegangan antara Israel dan Palestin memuncak sejak beberapa minggu lalu susulan perayaan Yahudi Passover bertindih dengan Ramadan, bulan suci umat Islam.
Perkarangan Masjid Al-Aqsa merupakan tapak suci bagi umat Islam dan Yahudi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Islam
#Mahmoud Abbas
#Israel
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan