JAKARTA:Guru agama radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir, 82, yang dijatuhkan hukuman 15 tahun pada 2011 selepas didapati bersalah kerana didakwa mendalangi serangan bom di Bali akan dibebaskan pada 8 Januari (Jumaat) ini.
Hukuman penjara ke atas pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah (JI) itu dikurangkan selama 55 bulan.
Agensi berita Antara yang memetik Ketua Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Jawa Barat, Imam Suyudi berkata, pembebasan Abu Bakar adalah menepati segala prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa.
“Beliau (Abu Bakar Bashir) sudah menjalani hukuman secara baik dan mengikuti ketentuan dan prosedur, pelaksanaan pembinaan keamanan di penjara Gunung Sindur dan hari Jumaat akan kami bebaskan beliau,” kata Suyudi di Bandung pada Isnin.
Menjelang pembebasannya, Suyudi berkata, pihaknya akan memastikan pengasas Pondok Pesantren Al Mumin itu berada dalam keadaan sihat.
"Saat ini beliau sihat dan segar, saya berharap beliau pada Jumaat ini juga akan sihat dan kembali ke keluarga beliau," kata beliau lagi.
Abu Bakar dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun oleh Pengadilan Negeri Jakarta Selatan pada 2011 selepas didapati bersalah atas peranannya dalam mewujudkan kem latihan para-militari di Aceh yang ahlinya didakwa merancang membunuh presiden dan menggangu ekonomi Indonesia.
Beliau juga didakwa terlibat sebagai perancang dalam pengeboman Bali pada tahun 2002 yang membunuh 202 orang.
Agensi
Mon Jan 04 2021

Abu Bakar Bashir yang dijatuhkan hukuman 15 tahun selepas didapati bersalah kerana didakwa mendalangi serangan bom di Bali pada 2002 akan dibebaskan pada 8 Januari ini. Tempoh penjara ke atas beliau dikurangkan selama 55 bulan. - Gambar fail

Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin berkonsep hibrid
Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin esok akan mengetengahkan konsep hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan maya.

Parti Gerakan adakan Persidangan Perwakilan Nasional secara maya pada 13 Mac
Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan 2020 akan berlangsung buat pertama kalinya secara maya pada 13 Mac depan.

AWANI Ringkas: 3 'Tan Sri', 'Datuk' disyaki dalang kartel dadah | Kes COVID-19 di Malaysia cecah 300,000

Darurat COVID-19 diperlukan - Muhyiddin
Muhyiddin berkata beliau tetap berpegang pada janji bahawa darurat akan ditamatkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos jika pandemik COVID-19 berjaya dibendung.

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir...antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut. Ikuti antara isu menjadi tumpuan netizen sepanjang Februari 2021. #AWANInews #MyVaksinCOVID19 #HapusCOVID19

Kudeta Myanmar | Ketegangan meningkat, empat dilapor maut dalam protes
Setelah sebulan Myanmar berada bawah pimpinan Junta tentera, kawalan pihak berkuasa ditingkatkan kepada tahap tertinggi hari ini. Sekurang-kurangnya empat dilaporkan maut dalam tunjuk perasaan yang tercetus di beberapa bandar.

Cetak Rompak | Penguatkuasa perlu lebih agresif - Seniman
Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa semua agensi penguatkuasa menggembleng usaha menangani isu cetak rompak dengan lebih agresif. Presidennya, Rozaidi Jamil berkata penguatkuasaan isu cetak rompak ketika ini perlu fokus kepada penjualan kandungan secara digital yang semakin serius.
![[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan [INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892911/8967789641614516416020_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] COVID-19: Hari ini 2,437 kes harian baharu dilaporkan
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 300,752 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 26,205 kes. Dalam pada itu, bilangan kes sembuh hari ini ialah 3,251 kes menjadikan jumlah kes pulih sebanyak 273,417 kes. Sehingga kini, 202 kes positif sedang dirawat di ICU, 93 kes memerlukan bantuan pernafasan. Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 9 kes kematian hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian 1,130 kes.

Muhyiddin tetap perkukuh hubungan antarabangsa
Dalam keadaan dunia bergelut dengan COVID-19 yang mengehadkan pergerakan manusia, hubungan antarabangsa Malaysia dengan rakan asing tetap mantap.

COVID-19 | Risiko tinggi jika dijangkiti COVID-19
Dianggarkan lebih sejuta penduduk Malaysia menghidap penyakit jarang jumpa. Penasihat Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (MRDS), Dr Thong Meow Keong mendedahkan lebih membimbangkan apabila pesakit berkenaan berdepan risiko lebih tinggi, sekiranya dijangkiti COVID-19. Ini kerana, kebanyakan penyakit ini sukar untuk dikenalpasti memandangkan ia tidak mempunyai ciri khas seperti penyakit kronik lain.

Dalang pengeboman Bali 2002, Abu Bakar Bashir, dibebaskan hari ini
Guru agama ekstrem dari Indonesia, Abu Bakar Bashir, yang didakwa bersalah mendalangi serangan bom di Bali dibebaskan hari ini.

Abu Bakar Bashir dibebaskan Jumaat ini
Pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah yang juga perancang pengebom di Bali pada 2002 hanya menjalani separuh daripada hukuman penjara ke atasnya.

PDRM pantau pembebasan Abu Bakar Bashir
Abu Bakar Bashir akan dipantau rapi oleh Polis Diraja Malaysia jika ulama radikal Indonesia itu dibebaskan oleh kerajaan Indonesia.

Indonesia kaji semula keputusan bebaskan Abu Bakar Bashir
Indonesia mengkaji keputusan presiden untuk membebaskan ulama radikal Abu Bakar Bashir berikutan kritikan domestik dan antarabangsa.

Abu Bakar Bashir dijangka dibebaskan
Guru agama radikal Abu Bakar Bashir, 80, dijangka dibebaskan dengan pelepasan parol iaitu pembebasan bersyarat dalam masa beberapa hari lagi.

Ancaman Daish: Malaysia bertukar maklumat dengan Indonesia - TPM
Lebih 300 pengikut bekas pemimpin Jemaah Islamiyah (JI) Abu Bakar Bashir, yang sebelum ini dihukum kerana terlibat dengan kegiatan keganasan, akan dibebaskan daripada penjara sekitar Indonesia.

PDRM diarah halang pengikut Abu Bakar Bashir masuki Malaysia - Ahmad Zahid
PDRM telah diarah menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir dari masuk ke negara ini.