awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perdaya warga emas konon menang loteri, dua warga Indonesia dipenjara dua tahun
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada apa dalam kereta api perisai Kim Jong Un dalam perjalanan ke Vladivostok?

Agensi
Agensi
12/09/2023
16:01 MYT
Ada apa dalam kereta api perisai Kim Jong Un dalam perjalanan ke Vladivostok?
Difahamkan, kereta api ini turut dilengkap restoran yang menyajikan wain dan hidangan Perancis yang lazat termasuk udang galah segar.- KCNA via REUTERS
MOSCOW: Perjalanan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke bandar pelabuhan Vladivostok dengan kereta api kalis peluru untuk bertemu Presiden Rusia, Vladimir Putin, menjadi perhatian dunia.
Memetik BBC, mengikuti tradisi lama dalam kalangan pemimpin Korea Utara, Jong Un menghabiskan masa lebih 20 jam perjalanan sejauh 1,180km (733 batu) dengan lokomotif yang bergerak perlahan.
Difahamkan, kereta api itu turut dilengkapi restoran yang menyajikan wain dan hidangan Perancis yang lazat termasuk udang galah segar.
Kereta api itu bergerak pada kelajuan kira-kira 50 kilometer sejam (km/j) atas faktor keselamatan kerana dilengkapi perisai yang berat.
Sebagai perbandingan, kereta api berkelajuan tinggi London bergerak pada kelajuan kira-kira 200km/j manakala kereta api peluru Shinkansen Jepun boleh mencecah 320 km/j.
Kereta api dinaiki Jong Un dinamakan sebagai Taeyangho, yang bermaksud matahari. Nama itu juga sebagai rujukan simbolik kepada pengasas Korea Utara, Kim Il Sung.
Tradisi melakukan perjalanan jarak jauh dengan kereta api dimulakan oleh datuk Kim Jong Un, iaitu Kim Il Sung yang pernah ke Vietnam dan Eropah Timur dengan pengangkutan itu suatu masa dahulu.
Kereta api mewah itu dikatakan dikawal ketat oleh ejen keselamatan yang memantau laluan dan stesen yang bakal dilewati, bagi mengesan bom dan ancaman lain.
Dalam pada itu, bapa Kim Jong Un, Kim Jong Il, yang memerintah Korea Utara dari 1994 hingga kematiannya pada 2011, dilaporkan mengembara dengan kereta api kerana beliau dikenali sebagai seorang yang takut pada ketinggian atau menaiki kapal terbang.
Kim Jong Il diingati apabila mengambil masa 10 hari untuk sampai ke Moscow pada 2001 ketika mengadakan pertemuan dengan Putin.
Namun begitu, Jong Un dilaporkan tidak berkongsi ketakutan bapanya untuk terbang, kerana beliau pernah melakukan perjalanan jarak jauh menaiki jet peribadi buatan Rusia dalam beberapa siri lawatan sebelum ini.
Selain kereta api, Jong Un juga dilihat menaiki pengangkutan mewah lain yang menunjukkan perbezaan ketara dengan gaya hidup miskin rakyat Korea Utara.
Pada Mei 2018, Jong Un menaiki penerbangan antarabangsa pertamanya sejak memegang kuasa, ke bandar Dalian di China untuk bertemu Presiden China Xi Jinping. Laporan media memaklumkan, sebelum ini Jong Un menggunakan jet peribadinya untuk perjalanan dalam Korea Utara.
Pesawat yang menerbangkannya ke China merupakan pesawat jarak jauh buatan Soviet, Ilyushin-62 (Il-62).
Memetik laporan laman web NK News, pemerhati Korea Utara memaklumkan penduduk tempatan memanggilnya "Chammae-1" dinamakan sempena Goshawk, burung kebangsaan negara itu.
Topic Berkaitan
#Kim Jong Un
#Vladimir Putin
#Korea Utara
#Kereta api perisai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan