awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afghanistan dipimpin Taliban mula ekstrak minyak

Bernama
Bernama
09/07/2023
02:30 MYT
Afghanistan dipimpin Taliban mula ekstrak minyak
Sheikh Shahabuddin Delawar, pemangku Menteri Lombong dan Petroleum Afghanistan. - Foto Twitter
ANKARA: Kerajaan Taliban mula mengekstrak minyak dari telaga di utara Afghanistan, lapor Agensi Anadolu pada Sabtu.
"Keutamaan akan diberikan bagi menggaji kakitangan teknikal dan bukan teknikal dan pembinaan semula lombong menggunakan hasil Sar-e-Pul," pemangku Menteri Lombong dan Petroleum Sheikh Shahabuddin Delawar dipetik sebagai berkata oleh Agensi Berita Bakhtar .
Delawar berucap pada majlis perasmian telaga petroleum Qashqari di wilayah Sar-e-Pul.
Qashqari mempunyai 10 telaga dan 200 tan minyak sedang diekstrak daripada sembilan telaga setakat ini, lapor Kabul Times, memetik kenyataan Kementerian Perlombongan dan Petroleum.
Taliban berharap dapat meningkatkan kapasiti pengekstrakan dari Qashqari kepada lebih 1,000 tan.
Pada tahun lepas, Taliban menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat China untuk mengekstrak minyak dari Sar-e-Pul.
Pada Januari, kerajaan sementara itu juga menandatangani kontrak 25 tahun dengan firma China untuk mengeluarkan minyak dari lembangan Sungai Amu dan membangunkan rizab minyak di utara.
Mengikut kontrak, syarikat China akan melabur AS$150 juta pada tahun pertama dan meningkat kepada AS$540 juta dalam tempoh tiga tahun.
Afghanistan dianggar memiliki sumber yang belum diterokai bernilai lebih AS$1 trilion, yang telah menarik minat pelabur asing, menurut Agensi Berita Bakhtar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Taliban
#Sheikh Shahabuddin Delawar
#ekstrak minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan