awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afghanistan terima bantuan kemanusiaan dalam bentuk wang tunai AS$40 juta

Bernama
Bernama
01/08/2022
10:22 MYT
Afghanistan terima bantuan kemanusiaan dalam bentuk wang tunai AS$40 juta
Bantuan kemanusiaan itu diperlukan untuk meningkatkan rizab pertukaran asing untuk mengelakkan kemungkinan ekonomi Afghanistan ranap. - Gambar fail
KABUL: Afghanistan menerima bantuan kemanusiaan baharu dalam bentuk wang tunai berjumlah AS$40 juta dan didepositkan ke sebuah bank perdagangan negara itu, lapor Xinhua memetik bank pusat dalam satu kenyataan pada Isnin.
"Sebagai sebahagian daripada siri bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan, 40 juta dolar AS dalam bentuk tunai tiba di Kabul semalam (31 Julai) dan telah dipindahkan ke Bank Antarabangsa Afghanistan," kata Da Afghanistan Bank (DBA).
Sambil mengucapkan terima kasih kepada masyarakat antarabangsa kerana menghantar bantuan kemanusiaan ke Afghanistan, DBA berkata bantuan tunai itu akan dibelanjakan secara telus.
Jumlah terakhir wang tunai yang diberikan kepada Afghanistan sebelum ini sebagai bantuan kemanusiaan adalah AS$32 juta, yang membantu negara dilanda perang itu meningkatkan rizab pertukaran asing untuk mengelakkan kemungkinan ekonominya ranap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#bantuan kemanusiaan
#ekonomi
#Kabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan