Skip to main content

Dunia

Africa CDC sahkan wabak Ebola di timur DRC

41613267830_Ebolavaccine.jpg
Africa CDC memberi amaran tentang risiko tinggi penularan lanjut disebabkan oleh persekitaran bandar, pergerakan penduduk, aktiviti perlombongan dan beberapa faktor lain. - Gambar fail

KINSHASA: Pihak berkuasa kesihatan mengesahkan wabak baharu penyakit virus Ebola di timur Republik Demokratik Congo (DRC) pada Jumaat, lapor Xinhua.

Beratus-ratus kes disyaki dilaporkan di Wilayah Ituri, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (Africa CDC).

Ujian awal oleh Institut Penyelidikan Bioperubatan Kebangsaan mengesan virus berkenaan dalam 13 daripada 20 sampel, menurut Africa CDC dalam satu kenyataan, memetik rundingan dengan Kementerian Kesihatan DRC dan Institut Kesihatan Awam Kebangsaan.

Kira-kira 246 kes disyaki dan 65 kematian direkodkan, terutamanya di Mongwalu dan Rwampara, dengan empat kematian dalam kalangan kes yang disahkan. Kes disyaki turut dilaporkan di Bunia.

Africa CDC memberi amaran tentang risiko tinggi penularan lanjut disebabkan oleh persekitaran bandar, pergerakan penduduk, aktiviti perlombongan, ketidakstabilan keselamatan serta kedudukannya yang berhampiran dengan Uganda dan Sudan Selatan.

Agensi itu mengadakan mesyuarat tergempar pada petang Jumaat bersama pihak berkuasa kesihatan dari DRC, Uganda dan Sudan Selatan, serta rakan kongsi antarabangsa utama, bagi memperkukuh penyelarasan rentas sempadan, pemantauan dan tindak balas.

Ketua Pengarah Africa CDC, Jean Kaseya menegaskan, penyelarasan serantau yang pantas adalah sangat penting memandangkan mobiliti yang tinggi antara kawasan terjejas dengan negara jiran.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video