awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Selangor tumpaskan sindiket penipuan dalam talian
AS berunding dengan Iran "ketika ini” - Trump
12 penyokong Selangor FC didakwa miliki, salah guna dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Afrika Selatan ganti penggunaan AstraZeneca dengan vaksin Johnson & Johnson

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
10/02/2021
15:39 MYT
Afrika Selatan ganti penggunaan AstraZeneca dengan vaksin Johnson & Johnson
Berdasarkan kajian interim yang dijalankan, satu dos suntikan vaksin Johnson & Johnson dikatakan berkesan pada kadar 85 peratus dalam mencegah penyakit, termasuk varian baharu COVID-19. - Gambar REUTERS
JOHANNESBURG:Afrika Selatan bakal menggunakan vaksin COVID-19 keluaran syarikat farmaseutikal Johnson & Johnson bagi menggantikan vaksin AstraZeneca dari Amerika Syarikat yang sepatutnya digunakan oleh negara itu.
Menurut laporan agensi, Menteri Kesihatannya, Zwelini Mkhize berkata vaksin keluaran Johnson & Johnson lebih berkesan dalam menangani varian utama yang menular di negara berkenaan.
“Berdasarkan perolehan beberapa kajian, jabatan kesihatan negara akan meneruskan fasa pertama pelan vaksinasi, dimulakan dengan petugas kesihatan, menggunakan vaksin Johnson & Johnson berbanding vaksin AstraZeneca.
“Vaksin Johnson & Johnson sudah terbukti berkesan melawan varian 501Y.V2 dan kelulusan untuk menggunakannya sedang berjalan,” kata Mkhize.
BACA: COVID-19: Afrika Selatan tangguh penggunaan vaksin AstraZeneca
Ujarnya, walaupun vaksin itu masih belum mendapat kelulusan di peringkat antarabangsa, Afrika Selatan tetap akan meneruskan program vaksinasi bermula minggu hadapan.
Mkhize turut memberi jaminan bahawa dos Johnson & Johnson adalah selamat berdasarkan ujian klinikal yang telah dijalankan ke atas 44,000 rakyat di Amerika Syarikat, negara-negara di Latin Amerika dan Afrika Selatan itu sendiri.
Ketika ini, dos vaksin Johnson & Johnson masih lagi berada dalam fasa percubaan dan belum mendapat pengiktirafan sepenuhnya di peringkat antarabangsa untuk digunakan mana-mana negara di dunia.
Afrika Selatan bagaimanapun menyasarkan untuk memulakan program vaksinasinya secepat mungkin dengan keutamaan diberikan kepada 1.25 juta petugas kesihatan di negara itu. Seterusnya, buat 40 juta rakyat menjelang akhir tahun.
Selain Johnson & Johnson, Afrika Selatan juga bakal menggunakan vaksin jenis Pfizer, selain Russian Sputnik V dan Sinopharm.
Topic Berkaitan
#Vaksin Johnson & Johnson
#vaksin COVID-19
#pandemik
#Afrika Selatan
#AstraZeneca
#Russian Sputnik V
#Pfizer
#Sinopharm
#Zwelini Mkhize
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan