Pemimpin tertinggi Vatican, Pope Francis berkata beliau mengecam perbuatan membunuh atas nama Tuhan namun memberi amaran bahawa agama tidak boleh dihina dan dipersendakan.
Francis yang baru sahaja tiba di Manila memberikan kenyataan itu sewaktu menjawab soalan daripada wartawan di Sri Lanka sebelum berlepas ke ibu negara Filipina tersebut.
"Membunuh atas nama Tuhan adalah suatu yang tidak dapat diterima akal,” ujar Francis apabila ditanya mengenai insiden serangan berdarah di pejabat majalah satira mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang mengorbankan 12 orang.
Charlie Hebdoi pada Rabu lalu, selepas serangan berdarah tersebut, terus menerbitkan edisi terbaru dengan memaparkan watak Nabi Muhammad.
Menurut Francis, setiap agama mempunyai kemuliaan dan setiap sesuatu perlu ada batasan.
“Kalau ada kawan baik yang bercakap buruk tentang ibu saya, dia boleh menjangkakan menerima tumbukan, dan itu adalah normal. Anda tidak boleh membuat provokasi, anda tidak boleh menghina dan mengejek kepercayaan orang lain,” jelasnya.
Dua beradik, Said dan Cherif Kouachi menyerbu pejabat Charlie Hebdo 7 Januari lalu dan membunuh kartunis ternama di majalah itu selepas sekian lama peribadi Nabi Muhammad dipermainkan.
Dua hari kemudian, serangan seterusnya berlaku di kedai kosher di Paris dengan penyerang yang mendakwa tindakan itu ada kaitan dengan perancangan dua beradik tersebut. Keseluruhannya, 17 orang maut dalam tragedi mengejutkan di Perancis lantas membuka perdebatan dunia mengenai kebebasan bersuara.
"Kebebasan bersuara sememangnya hak namun tanggungjawab itu perlu digalas tanpa menindas dan menekan pihak lain,” ujar Francis dalam siri lawatan rasminya ke Asia tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Perancis, Francois Hollande berkata negaranya menghormati umat serta agama Islam di negara itu dan di luar negara, namun tidak akan berkompromi tentang isu kebebasan dan demokrasi.
Hollande dalam mesyuarat bersama negara-negara Arab di Paris berkata, umat Islam merupakan mangsa kepada 'sikap fanatik dan sikap tidak bertoleransi'.
Agensi
Fri Jan 16 2015
Menurut Pope Francis, kebebasan bersuara sememangnya hak namun tanggungjawab itu perlu digalas tanpa menindas dan menekan pihak lain. - Foto AFP / Jay DIRECTO
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.