JOHOR BAHRU: Kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Sabtu, memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, politik memperalat agama sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP berkata, tindakan itu hanya akan mencalarkan kesucian Islam dan lebih bahaya lagi, ia boleh membenihkan ekstremisme yang meruntuhkan perpaduan rakyat.
"Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah ber'fatwa' meng'haram'kan rakyat Pulai dari mengundi Suhaizan Kayat semasa fasa kempen yang lalu. Jadi soalan saya sekarang, adakah PN anggap pengundi disana telah lakukan dosa dan perlu bertaubat?
"Saya nak ingatkan PN bahawa pilihan raya adalah proses biasa demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Ini termaktub dalam Perlembagaan dan selari dengan semangat 'masdaqal ijtima'iyyah' atau 'people's mandate' dalam perbahasan maqasid syar'iyyah," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam pada itu, Sheikh Umar berharap PN kembali fokus menjadi pembangkang yang konstruktif dengan peranan untuk bantu kerajaan membangunkan rakyat dan memulihkan ekonomi selain mencadangkan polisi-polisi yang baik.
"Berhentilah daripada perangai adu domba dan manipulasi agama demi kepentingan politik. Ia hanya merugikan rakyat dan negara," katanya.
Calon PH di Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat yang juga bekas Speaker DUN Johor memperoleh 48,283 undi, berbanding Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) mencatat 29,642 undi dan Samsudin Mohamad Fauzi daripada Bebas pula meraih 528.
Di Simpang Jeram pula, Timbalan Ketua Amanah Kawasan Bakri, Nazri Abdul Rahman yang mewakili PH diumumkan menang dengan majoriti 3,514 undi.
Berdasarkan undian rasmi Nazri memperoleh 13,844 undi, diikuti calon PN, Dr Mohd Mazri Yahya (10,330 undi) dan calon Bebas, S Jeghanaathan (311 undi). - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Sep 10 2023
Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, politik memperalat agama sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab. - Gambar fail
Polis lupuskan dadah bernilai RM68.88 juta
Polis Johor melupuskan sebanyak 989.21 kilogram dan 7,479.90 liter dadah pelbagai jenis membabitkan nilai yang dianggarkan RM68.88 juta tahun ini.
Wanita disyaki langgar pelajar UiTM direman empat hari
Seorang wanita yang merempuh dua motosikal hingga menyebabkan kematian tiga pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun malam semalam, direman empat hari.
Pelajar UiTM maut: 'Saya hilang dua anak akibat kemalangan' - Bapa
"Tujuh tahun lalu saya kehilangan anak sulung lelaki akibat nahas jalan raya dan kali ini insiden yang sama turut menimpa anak bongsu saya."
'Abang Bas' kekal pengakuan tidak bersalah, sebutan semula 11 November
Lelaki berusia 24 tahun itu, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan semula di hadapan Hakim, Sayani Mohd Nor.
AWANI Ringkas: Wanita disyaki rempuh pelajar UiTM direman
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kecerdasan Buatan: Malaysia sasar wujudkan 500,000 pekerjaan baharu menjelang 2025
Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) merangkumi pelbagai sektor, dalam enam tahun akan datang.
ASEAN gesa kekalkan keamanan di Laut China Selatan, segera muktamadkan CoC - PM Anwar
ASEAN menggesa semua pihak untuk menyatakan komitmen mengenai kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, demikian gesaan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Korea manfaat AI dan pertahanan sebagai peneraju keselamatan
Korea Selatan memperkukuh kedudukannya sebagai pemain utama dalam arena pertahanan dan keselamatan global, dipacu oleh industri pertahanan berteknologi tinggi.
Ini termasuk kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI), serta pakatan strategik dengan negara-negara yang sehaluan.
Ini termasuk kemajuan dalam kecerdasan buatan (AI), serta pakatan strategik dengan negara-negara yang sehaluan.
Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.
Kabinet setuju lulus garis panduan perancangan pusat data - Kor Ming
Jemaah Menteri pada Selasa lepas bersetuju meluluskan penerimapakaian Garis Panduan Perancangan (GPP) Pusat Data yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu