awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
New York isytihar darurat berikutan ribut kuat musim sejuk
Rusia serang pelabuhan Laut Hitam Ukraine, dua kapal dagang turut jadi sasaran
Bangladesh kenang Khaleda Zia sebagai pejuang bersemangat waja, pelindung negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir

Bernama
Bernama
24/03/2025
21:40 MYT
Agensi pelarian PBB gantung hampir semua bantuan perubatan di Mesir
Menurut jurucakap UNHCR, rawatan untuk kanser, diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung akan terjejas susulan tindakan pemotongan dana yang teruk.
GENEVA/CAIRO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggantung bantuan perubatan untuk pelarian di Mesir berikutan pemotongan dana yang teruk, kata agensi pelarian itu pada Isnin, lapor agensi berita Jerman, dpa.
Kira-kira 20,000 pesakit akan terkesan, kata jurucakap Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR) yang beribu pejabat di Geneva, sambil menambah bahawa rawatan untuk kanser, diabetes, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung akan terjejas.
Mulai sekarang, agensi PBB hanya boleh membiayai rawatan kecemasan dalam situasi yang mengancam nyawa, kata jurucakap itu.
Ramai antara mereka yang terkesan adalah pelarian Sudan, katanya.
Mesir menempatkan lebih 900,000 pelarian yang berdaftar.
Mereka dibenarkan untuk mendapatkan rawatan perubatan daripada doktor Mesir, tetapi ramai yang kekurangan sumber kewangan untuk membayar rawatan perubatan sendiri, menurut jurucakap itu.
Organisasi bantuan termasuk Doktor Tanpa Sempadan juga aktif di Mesir dan menawarkan rawatan perubatan secara percuma kepada pelarian.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, telah mengarahkan pemotongan besar-besaran di agensi pembangunan antarabangsa USAID dan institusi AS lain yang menyokong projek kesihatan di luar negara.
Penderma utama lain, termasuk Jerman dan Britain, juga telah mengumumkan pemotongan dana pembangunan.
Ini adalah pengurangan perkhidmatan yang pertama dan komprehensif yang diumumkan oleh UNHCR sejak penggantungan dana AS.
Setakat ini, AS menanggung sekitar 40 peratus daripada bajet agensi PBB itu, berjumlah sekitar US$2 bilion pada 2024.
Jerman adalah penderma kedua terbesar dengan menyumbang sekitar US$333 juta, menurut UNHCR, mendahului Kesatuan Eropah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNHCR
#bantuan perubatan
#pelarian
#Mesir
#pemotongan dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan