PENGASAS Facebook, Mark Zuckerberg, telah dipanggil oleh Ahli Parlimen United Kingdom (UK) untuk memberi jawapan berhubung kontroversi Cambridge Analytica yang melibatkan jutaan data pengguna laman media sosial itu.
Ketua Jawatankuasa Parlimen UK, Damian Collins dalam satu surat berkata, beliau mahu Zuckerberg menjawab tentang "kegagalan" yang sedang melanda Facebook yang melibatkan data peribadi pengguna.
"Sudah tiba masanya untuk mendengar dari seorang eksekutif kanan Facebook yang mempunyai kuasa untuk berkongsi tentang kegagalan proses ini," katanya menerusi surat itu, dipetik dari BBC.
Sementara itu, Pesuruhjaya Maklumat UK, Elizabeth Denham berkata beliau akan memohon ke mahkamah untuk waran untuk melakuakn siasatan ke atas pejabat Cambridge Analytica.
BACA: 'Saya tidak pernah dengar tentang Cambridge Analytica' - Muhyiddin
Sebelum ini, Cambridge Analytica yang berpangkalan di London nafi melakukan sebarang kesalahan.
Media antarabangsa melaporkan bahawa Cambridge Analyica, sebuah firma strategi digital, memperolehi maklumat peribadi pengguna Facebook dari Aleksandr Kogan, seorang pensyarah di University of Cambridge, yang membangunkan aplikasi "thisisyourdigitallife".
Secara amnya, ia melibatkan data 270,000 pengguna. Tetapi oleh kerana syarikat itu boleh akses maklumat rakan-rakan pengguna, ia kini melibatkan jaringan data melebihi 50 juta pengguna Facebook.
Untuk rekod, firma Cambridge Analytica digunakan oleh Presiden AS Donald Trump ketika beliau berkempen pada 2016.
Agensi
Tue Mar 20 2018
Ahli Parlimen UK mahu Zuckerberg (gambar) menjawab tentang 'kegagalan' yang sedang melanda Facebook yang melibatkan data peribadi pengguna. - REUTERS/Fail
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Cambridge Analytica: Facebook mungkin didenda lebih RM2.6 juta
Facebook akan didenda 500,000 Pound Sterling atau RM2.6 juta akibat pencerobohan data peribadi 87 juta pengguna laman media sosial itu.
Pemesejan politik menerusi media sosial semakin signifikan
Penggunaan media sosial tidak menembusi sepenuhnya pengundi di seluruh negara, tetapi ia telah berkembang dengan ketara memandangkan pihak kerajaan dan pembangkang sama-sama memahami kuasanya.
Firma dikait kontroversi Facebook, Cambridge Analytica 'gulung tikar'
Cambridge Analytica, firma yang terbabit dalam kontroversi melibatkan data privasi Facebook (FB) telah diisytiharkan muflis dan henti operasi.
Akui kesilapan besar, Zuckerberg mohon maaf
Beliau berkata, syarikatnya tidak melakukan secukupnya untuk mengelak kejadian yang memberi kesan buruk dan ia merupakan satu kesilapan besar.
87 juta pengguna Facebook, terjejas angkara skandal Cambridge Analytica
Facebook percaya lebih ramai penggunanya terjejas dengan skandal Cambridge Analytica, berbanding apa yang didedahkan sebelum ini.
Mukhriz jangan heret BN dalam isu Cambridge Analytica
Sepanjang menjadi anggota jawatankuasa badan perhubungan Umno negeri dari 2008 hingga 2013, perkara tersebut tidak pernah ditimbulkan dalam mana-mana mesyuarat.
Memburukkan Rusia adalah peranan baharu Britain - Duta Rusia ke UK
Rusia mendakwa usaha menghalang hubungan luar antara Moscow dan negara lain adalah keutamaan Britain.
Mark Zuckerberg 'berdiam diri' selama lima hari, ramai persoal kredibiliti Facebook
Orang ramai khususnya pengguna Facebook telah mula mempersoalkan kredibiliti dan kepercayaan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berikutan skandal penyalahgunaan maklumat peribadi.
Mark Zuckerberg akui Facebook 'tersilap' urus data 50 juta pengguna
Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata syarikat itu melakukan kesilapan dalam menguruskan data lebih 50 juta penggunanya.
Kenyataan Mukhriz mengenai Analytica bohong sama sekali - Azrin Zizal
Katanya, kenyataan Mukhriz yang mendakwa beliau adalah pegawai medianya sehingga 2013 dan beliau tidak lagi bersamanya apabila beliau menjadi Menteri Besar Kedah adalah palsu sama sekali.