awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli politik veteran India ditembak mati di Mumbai

Bernama
Bernama
13/10/2024
02:20 MYT
Ahli politik veteran India ditembak mati di Mumbai
Siddique pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak tiga kali dan merupakan tokoh politik berpengalaman di Maharashtra. - Foto Instagram/babasiddiqueofficial
NEW DELHI: Seorang ahli politik veteran Ziauddin Siddique ditembak mati di luar pejabat anaknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri, Zeeshan Siddique di kawasan Bandra, Mumbai pada malam Sabtu.
Tiga penyerang melepaskan tembakan terhadap bekas menteri negeri Maharashtra itu yang lebih dikenali sebagai Baba Siddique, lapor media tempatan.
Pembunuhan itu menggemparkan bandar yang terkenal sebagai pusat kewangan dan perfileman India.
Dua suspek kini berada dalam tahanan polis.
Siddique, 66, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri sebanyak tiga kali dan merupakan tokoh politik berpengalaman di Maharashtra.
Beliau meninggalkan Parti Kongres Nasional India pada Februari untuk menyertai Parti Kongres Nasionalis (NCP) yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Ajit Pawar.
Pembunuhan berlaku ketika Maharashtra, antara negeri yang paling berpengaruh dari segi politik di India, sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya dewan undangan negeri akhir tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mumbai
#India
#Baba Siddique
#veteran politik India ditembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan