awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air Terjun Niagara: Penumpang bot siar Kanada 'hairan' lihat bot Amerika dibiar sesak

Agensi
Agensi
22/07/2020
13:05 MYT
Air Terjun Niagara: Penumpang bot siar Kanada 'hairan' lihat bot Amerika dibiar sesak
Bot siar Kanada dilihat hampir kosong kerana hanya bawa enam penumpang, manakala bot siar AS pula penuh. - Reuters/Carlos Osorio
Walaupun kes COVID-19 terus meningkat di Amerika Syarikat (AS), jirannya, Kanada, masih berjaya mengawal penyebaran virus itu, hasil arahan penjarakan sosial yang ketat dan mewajibkan pemakaian pelitup muka di beberapa wilayah.
Di Air Terjun Niagara yang terletak di sempadan AS dan Kanada, bot siar milik Kanada mengehadkan hanya enam penumpang untuk setiap perjalanan, biarpun mempunyai kapasiti 700 orang.
Ia berbeza dengan bot siar AS yang beroperasi di sebelah sempadannya dengan kapasiti 50 peratus, menurut jadual bot siar pelancong, Maid of the Mist.
Pelancong yang ditemui berkata mereka merasa jauh lebih selamat dengan had enam orang setiap perjalanan.
"Saya gembira saya berada di Kanada. Dari sini anda boleh lihat mengapa COVID-19 sangat teruk di AS," kata Amanda Barnes dari Brampton, Ontario, kepada Reuters.
"Saya rasa tidak selamat jika berada dalam bot itu. Lebih baik di sini," kata Julie Pronovost dari Quebec.
Pengurusan Maid of the Mist tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen tetapi laman web syarikat memaklumkan mereka mengikuti arahan jabatan kesihatan dalam pengendalian bot.
Semua bot mempunyai penanda untuk menjaga jarak penumpang, dan pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan.
Mory DiMaurizio, Pengurus Besar dan Naib Presiden Pertubuhan Bot Siar Kanada, Hornblower, memaklumkan mereka sedikit kecewa apabila melihat bot siar AS penuh dengan penumpang.
"Bot siar Kanada dikenakan syarat sangat ketat untuk beroperasi, tetapi mereka (bot AS) tidak.
"Tetapi kami agak terkejut dengan sambutan penumpang. Walaupun harga agak tinggi dikenakan, perjalanan bot kami dapat tempahan yang banyak," kata DiMaurizio.
Amerika Syarikat melaporkan 57,777 kes baharu COVID-19 pada Selasa, berbanding hanya 786 yang dicatatkan Kanada.
Sejak wabak tersebut bermula, Amerika Syarikat telah melaporkan sekitar 118 kes coronavirus bagi setiap 10,000 penduduk, sementara Kanada pula hanya melaporkan purata 30 kes bagi setiap 10,000 penduduk.
Topic Berkaitan
#Air Terjun Niagara
#Amerika Syarikat
#AS
#feri
#Kanada
#kesihatan
#koronavirus
#pelancong
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan