AIRASIA Thailand mencatatkan faktor muatan penumpang tinggi susulan pengumuman kerajaan melonggarkan sekatan perjalanan bermula 1 Sept, 2021.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand Santisuk Klongchaiya dalam satu kenyataan hari ini berkata syarikat penerbangan itu telah menyambung semula 11 laluan sebagai sebahagian daripada usahanya memulakan perkhidmatan domestik secara berperingkat pada 3 Sept, 2021, disokong oleh prosedur kesihatan dan keselamatan yang ketat.
Beliau berkata syarikat penerbangan itu menawarkan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di Bangkok ke Chiang Mai, Chiang Rai, Hatyai, Nakhon Si Thammarat, Narathiwat, Khon Kaen, Udon Thani, Ubon Ratchathani, Nakhon Phanom dan Roi Et sejak 3 Sept, dan penerbangan terus ke Phuket pada 8 Sept.
"Kami melihat sambutan positif dalam tempoh tiga hari kami memulakan semula pekhidmatan penerbangan terutamanya bagi destinasi popular seperti Chiang Mai, Chiang Rai dan Hatyai, yang mencapai faktor muatan penumpang setinggi 90 peratus.
"Kami menjangka permintaan terus mencatatkan momentum yang baik dan ini merupakan petanda yang memberangsangkan bagi perniagaan penerbangan dan industri pelancongan," katanya.
Selepas menyambung perkhidmatan penerbangannya pada 3 Sept, AirAsia Thailand berkata penerbangan terusnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang ke Chiang Mai, Chiang Rai dan Hatyai menjadi laluan yang paling mendapat sambutan dengan purata 80 peratus tempat diduduk ditempah antara 3 hingga 15 Sept, 2021.
"Berikutan jangkaan permintaan yang tinggi, AirAsia Thailand merancang meningkatkan kekerapan penerbangan ke destinasi ini dengan penerbangan terus tambahan dan hubungan serantau, terutamanya bagi musim perayaan akhir tahun," katanya.
Syarikat penerbangan itu percaya penurunan kes jangkitan COVID-19 dan kadar vaksinasi tinggi di negara itu adalah pemangkin utama bagi pemulihan perjalanan udara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Syarikat penerbangan itu telah menyambung semula 11 laluan sebagai sebahagian daripada usahanya memulakan perkhidmatan domestik secara berperingkat pada 3 Sept, 2021. - Gambar fail
Piala Sultan Azlan Shah: Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Korea Selatan
Malaysia melengkapkan jadual pusingan awal Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-30 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas juara tiga kali Korea Selatan di Stadium Hoki Azlan Shah malam ini.
PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong, 9 menentang dan 25 berkecuali.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Kira-kira 110,000 warga Palestin melarikan diri dari Rafah - UNRWA
UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.