awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand lancar serangan udara di sempadan Kemboja
[TERKINI] Terengganu kembali banjir, 369 mangsa di tiga daerah terjejas dipindahkan
Myanmar hapus perintah berkurung di Yangon menjelang pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akan lebih banyak kematian di Ukraine, Rusia tak akan kendurkan serangan - Pakar

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
25/02/2022
03:45 MYT
Akan lebih banyak kematian di Ukraine, Rusia tak akan kendurkan serangan - Pakar
Tindakan AS dan NATO akhirnya mengheret Ukraine ke kancah peperangan dengan Rusia. - Foto fail/AP
KUALA LUMPUR: Jumlah kematian di Ukraine akan meningkat memandangkan tiada tanda-tanda Rusia akan mengendurkan serangan ketika ini.
Pakar Pengajian Keselamatan Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS), Riyadh, Prof Madya Dr Mizan Aslan berkata, Rusia dilihat lebih cenderung untuk meningkatkan serangan sehinggalah memaksa Ukraine mengaku kalah.
“Bila berlaku serangan berterusan maka kematian di pihak Ukraine akan bertambah berbanding Rusia memandangkan konflik ini berlaku di Ukraine.
“Malah Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy juga tidak sama sekali berhasrat mengundurkan tentera atau akur dengan kemahuan Moscow untuk Ukraine menarik diri daripada menyertai NATO,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Krisis Rusia-Ukraine: Apa punca sebenar dan perkembangan terkini
Tambahnya lagi tindakan Rusia ketika ini juga akan menyaksikan lebih banyak sekatan dunia ke atasnya akan dikenakan sebagai tindakan untuk memaksa Rusia ke meja rundingan.
“Kita lihat walaupun sekatan-sekatan dilakukan tetapi tidak ada satupun tindakan sekatan setakat ini yang cukup ditakuti oleh pihak Rusia melainkan jika sekatan terhadap ekonomi iaitu pengaliran wang keluar masuk disekat. Andainya ia tidak dilakukan maka isu lain tidaklah begitu besar (kesanya) kepada Rusia,” jelasnya lagi.
Menurutnya lagi Rusia juga ketika ini mendanai agen-agen di Ukraine untuk memberi tekanan dan tunjuk perasaan dilakukan berterusan bagi memastikan Zelenskyy akan dijatuhkan daripada menjadi presiden negara itu.
Seandainya ia mampu dilakukan katanya, maka Rusia percaya peperangan yang dilancarkan itu mampu dihentikan.
Peperangan yang berlaku ketika ini juga sebenarnya adalah berpunca daripada peranan yang telah dimainkan oleh Amerika Syarikat dan juga Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sehingga mengheret Ukraine ke kancah konflik dengan Rusia.
BACA: Ukraine 'dibiar sendirian' melawan Rusia - Volodymyr Zelensky
“Ramai yang tidak tahu dan media juga tidak mendedahkan bahawa sebelum ini telah terdapat kelengkapan perang di Poland dan Romania. Ini termasuklah kelengkapan senjata anti peluru berpandu balistik di kedua-dua negara tersebut yang telah terlebih dahlu menyertai NATO.
"Rusia melihat kelengkapan yang dibina itu bukan lagi bersifat mempertahankan diri malah ia lebih cenderung kepada ancaman serangan terhadap Rusia,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#jumlah kematian
#Rusia
#Ukraine
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan