Skip to main content

Dunia

Kesatuan Pelajar Perancis seru sekatan sekolah, universiti bermula Selasa

Orang ramai mengadakan protes mengenai kos sara hidup dan pendidikan di Paris, Perancis, 31 Okt 2026. (Foto AP)
Orang ramai mengadakan protes mengenai kos sara hidup dan pendidikan di Paris, Perancis, 31 Okt 2026. (Foto AP)

Advertisement

Advertisement

ISTANBUL: Kesatuan pelajar Perancis menggesa sekatan baharu terhadap universiti dan sekolah menengah bermula Selasa depan ketika bantahan antikerajaan berterusan di seluruh negara, lapor  Anadolu Ajansi (AA) memetik penyiar BFMTV pada Sabtu.

Jurucakap Union Etudiante Sabrina Kharbach menggesa pelajar menyahut seruan kesatuan sekolah menengah dan kesatuan pelajar, serta gabungan antara kesatuan untuk melakukan sekatan baharu berkenaan.

"Kami akan mengadakan sekatan sekali lagi pada Khamis dan kemudian menyertai demonstrasi pada 5 Nov yang dianjurkan oleh pekerja yang melancarkan mogok," katanya.

Advertisement

Beliau berkata pelajar berharap dapat turun beramai-ramai bagi membuktikan tuntutan mereka adalah berasas.

Setiausaha Agung Kesatuan Pelajar Kebangsaan Perancis (UNEF) Manon Moret berkata kerajaan masih belum memberikan respons yang konkrit terhadap tuntutan golongan muda.

Advertisement

Pergerakan pada Sabtu merupakan hari tindakan sosial ketiga di seluruh negara dalam tempoh tiga minggu, dengan kira-kira 350 acara dirancang di seluruh Perancis.

Kerajaan menyifatkan demonstrasi berkenaan sebagai berisiko tinggi dengan pihak berkuasa bimbang terhadap kemungkinan cubaan menyekat jalan lingkaran Paris atau menyasarkan bangunan kerajaan.

Kira-kira 70,000 anggota polis dan “gendarmes” dikerahkan ke seluruh negara bagi hari berkenaan, kata Menteri Dalam Negeri Laurent Nunez.

Di Paris, Majlis Negara membatalkan keputusan mahkamah pentadbiran, sekali gus membenarkan laluan demonstrasi dari Bagnolet ke Charenton diteruskan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement