awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS akan pulangkan kepada India hampir 300 barang antik yang dicuri

Bernama
Bernama
22/09/2024
10:29 MYT
AS akan pulangkan kepada India hampir 300 barang antik yang dicuri
Antikuiti yang dimaksudkan tergolong dalam tempoh dari 2000 SM hingga 1900 Masihi, dan berasal dari pelbagai bahagian di India. - X @MEAIndia
MOSCOW: Amerika Syarikat akan memulangkan kepada India hampir 300 karya seni yang dicuri atau dibawa keluar secara haram dari negara itu, menurut Kementerian Luar India pada Ahad, lapor Sputnik.
"Sempena lawatan Perdana Menteri Narendra Modi ke Amerika Syarikat, pihak AS memudahkan pemulangan 297 barang antik yang telah dicuri atau diperdagangkan dari India. Ini akan dihantar pulang ke India tidak lama lagi," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Antikuiti yang dimaksudkan tergolong dalam tempoh dari 2000 SM hingga 1900 Masihi, dan berasal dari pelbagai bahagian di India, menurut kementerian itu.
"Majoriti antikuiti ini adalah artifak terakota dari India Timur, manakala selebihnya diperbuat daripada batu, logam, kayu dan gading," menurut kementerian itu.
Antara barang antik yang dikembalikan, termasuk arca batu dari India Selatan yang tergolong dari abad pertama SM hingga abad pertama Masihi, Dewa Buddha yang berdiri dalam batu pasir dari India Utara dari abad ke-15-16 Masihi, patung antropomorfik dalam tembaga dari India Utara dari tahun 2000-1800 SM, dan lain-lain, menurut kenyataan kementerian itu.
"Sejak kebelakangan ini, pengembalian harta budaya menjadi aspek penting dalam persefahaman dan pertukaran budaya India dan AS. Sejak 2016, kerajaan AS telah memudahkan pemulangan sejumlah besar antikuiti yang diperdagangkan atau dicuri," menurut Jabatan Luar India.
Secara keseluruhan, AS telah memulangkan 578 artifak budaya kepada India sejak 2016, yang merupakan bilangan terbesar barang antik yang pernah dikembalikan oleh mana-mana negara kepada India, tambah kementerian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#barang antik
#India
#barang curi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan