awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akaun Instagram calon Naib Presiden Indonesia Mahfud MD digodam

Bernama
Bernama
16/01/2024
16:17 MYT
Akaun Instagram calon Naib Presiden Indonesia Mahfud MD digodam
Pegawai khas menteri berkenaan, Rizal Mustary, yang mengesahkan kejadian itu turut menggesa pengikut akaun Mahfud supaya mengabaikan sebarang mesej masuk yang mendakwa ia daripada menteri. - Gambar IG @mohmahfudmd
JAKARTA: Akaun Instagram Mahfud MD, calon naib presiden bagi pemilihan 2024 dan Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan telah digodam pada Selasa.
Pegawai khas menteri berkenaan, Rizal Mustary, yang mengesahkan kejadian itu turut menggesa pengikut akaun Mahfud supaya mengabaikan sebarang mesej masuk yang mendakwa ia daripada menteri.
Beliau berkata penggodaman didalangi pihak tidak bertanggungjawab di luar unit pengelola akaun.
"Kejadian berlaku sejak siang tadi dan usaha pemulihan sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam hantaran di akaun Mahfud terdapat video yang memaparkan beberapa individu berpakaian seragam tentera saling menanduk bola disertakan dengan kapsyen dalam bahasa asing.
Pada pilihan raya 14 Februari, Mahfud bertanding bersama Ganjar Pranowo, yang merupakan calon presiden parti pemerintah, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDI-P
#usaha pemulihan
#calon naib presiden
#unit pengelola akaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan