KUALA LUMPUR: Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani berkata akses terhadap pendidikan di Afghanistan menjadi tumpuan utama Qatar dalam usaha menyokong golongan muda di negara itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan International Day to Protect Education from Attack Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertemakan "Protect Education for Sustainable Peace" yang diadakan secara maya pada Khamis.
Sheikh Mohammed berkata Qatar terus bekerjasama dengan sekutu antarabangsa bagi melindungi orang awam di Afghanistan serta menyediakan laluan keluar yang selamat untuk ke Doha dan selainnya.
"Seramai 111 pelajar perempuan Afghanistan yang mengikuti pengajian di Kabul di bawah tajaan Qatar boleh ke Doha.
"Anggota pasukan robotik Afghanistan juga berada di Qatar. Mereka diterbangkan dari Kabul ke Doha dengan bantuan Qatar. Mereka akan diberi peluang melanjutkan pengajian dalam reka cipta robotik," katanya.
Terdapat kebimbangan mengenai hak rakyat Afghanistan, termasuk akses kepada pendidikan sejak kembalinya Taliban selepas pengunduran tentera Amerika Syarikat pada Ogos.
Ketika pemerintahan Taliban pada 1996 hingga 2001, wanita dan remaja dilarang melakukan banyak perkara, termasuk bekerja dan ke sekolah.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dalam majlis yang sama menggesa semua pihak menyokong Deklarasi Sekolah Selamat (Safe Schools Declaration) sempena sambutan Hari Antarabangsa itu pada Khamis.
Guterres mengesahkan sebanyak 111 negara telah menyokong deklarasi tersebut yang turut menggariskan langkah perlu diambil kerajaan bagi melindungi sekolah dan pembelajaran.
Beliau berkata antara 2015 hingga 2020, gabungan global melindungi pendidikan daripada serangan melaporkan lebih 13,000 serangan yang dilakukan ke atas institusi pendidikan atau penggunaan kemudahan pendidikan untuk kegunaan ketenteraan.
"Ancaman ini tidak berkurang, dan peristiwa mengerikan di Afghanistan menjadi bukti. Ini bukan sekadar angka, tetapi melibatkan masa depan beribu-ribu individu, suatu kerugian yang sukar dihitung.
Guterres menggesa sokongan global terhadap kerja-kerja dilakukan bahagian pendidikan di bawah agensi UNICEF, yang bertungkus lumus bekerja untuk melindungi sektor pendidikan, pelajar, guru dan sekolah di beberapa kawasan berbahaya seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Ketika pemerintahan Taliban pada 1996 hingga 2001, wanita dan remaja dilarang melakukan banyak perkara, termasuk bekerja dan ke sekolah. - Gambar fail/ Reuters
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.
Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.
Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.
Genosid di Gaza hancurkan 'kredibiliti' pertubuhan dunia - Afghanistan
Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya rejim Israel itu kerana meneruskan pengeboman yang membunuh ratusan rakyat Palestin sejak jeda kemanusiaan tamat pada Jumaat.
Gempa bumi landa barat laut Afghanistan, 100 cedera
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
80 cedera dalam gempa bumi kuat di Afghanistan
Menurut penduduk tempatan, kebanyakan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital.
Angka kematian gempa bumi Afghanistan meningkat lebih 2,000 orang
Lebih 2,000 orang maut selepas beberapa gempa bumi kuat menggegarkan barat Afghanistan pada Sabtu.
Gempa 5.6 magnitud landa barat laut Afghanistan
Menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), bacaan gempa yang dikesan di kedalaman 10 km itu diturunkan daripada catatan awal 6.2 magnitud.
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober.