awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis muda alam sekitar rancang protes 25 September

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2020
23:47 MYT
Aktivis muda alam sekitar rancang protes 25 September
Greta Thunberg memegang poster berbunyi 'Mogok sekolah untuk iklim' ketika mengadakan protes di hadapan Parlimen Sweden Riksdagen, di Stockholm, Sweden, 4 Sept, 2020. REUTERS
AKTIVIS muda alam sekitar dari seluruh dunia merancang mengadakan protes yang dijadual berlangsung pada 25 September.
Antara mereka termasuk aktivis Sweden, Greta Thunberg, 17 tahun, yang berbincang mengenai program itu bersama aktivis muda lain menerusi panggilan video, pada Jumaat.
"Dan sekarang, kita berdepan keperluan untuk membuat perubahan yang belum pernah dilakukan sebelum ini dalam semua aspek masyarakat, dan ini melibatkan semua orang.
"Dan ini memerlukan kita untuk menangani krisis ini seperti satu krisis, jika tidak, kita tidak akan dapat merealisasikan perubahan yang perlu kita buat.
"Sekarang ini, tidak cukup dengan hanya melakukan yang terbaik. Apa yang perlu ialah, melakukan perkara yang kelihatan mustahil," kata Thunberg.
Protes tersebut dianjurkan gerakan Fridays for Future yang bermula pada Ogos 2018 ketika Thunberg melakukan protes sekolah di luar Parlimen Sweden menuntut satu tindakan diambil terhadap krisis iklim.
25 September dipilih sebagai tarikh untuk bertindak di peringkat global.
Aktivis alam sekitar berpendapat, kerajaan di seluruh dunia melakukan terlalu sedikit untuk membendung pelepasan karbon dioksida, metana dan gas lain yang memanaskan atmosfera.
Dalam sepucuk surat yang dikirimkan kepada pemimpin dunia bulan lalu, Thunberg dan yang lain meminta banyak tindakan diambil termasuk menamatkan pembiayaan untuk projek minyak dan gas.
Topic Berkaitan
#aktivis
#alam sekitar
#Fridays for Future
#GERAKAN
#Greta Thunberg
#iklim
#krisis
#muda
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan