awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
Polis Nigeria lancar operasi cari 28 pengembara diculik di wilayah tengah
Norway perkenal ujian darah untuk kesan perubahan otak berkaitan Alzheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aligator dipercayai peliharaan Hitler mati pada usia 84 tahun

Agensi
Agensi
25/05/2020
05:07 MYT
Aligator dipercayai peliharaan Hitler mati pada usia 84 tahun
Saturn, aligator didakwa milik Hitler dilaporkan mati di Zoo Moscow, Rusia pada Jumaat. -AP
Seekor aligator yang didakwa milik pemimpin Nazi, Adolf Hitler dilaporkan mati di Zoo Moscow, Rusia pada Jumaat.
Zoo tersebut dalam satu kenyataan berkata reptilia diberi nama "Saturn" itu mati pada usia 84 tahun.
Menurut kenyataan itu, Saturn dilahirkan di Mississippi, Amerika Syarikat (AS) sebelum dihantar ke zoo Berlin, Jerman.
Bagaimanapun, reptilia itu didakwa terlepas ketika serangan bom di Zoo Berlin pada 1943.
Haiwan itu gagal dikesan sehingga 1946 apabila ia ditemukan tentera British dan diserahkan kepada pihak berkuasa Soviet.
Kemudian wujud dakwaan reptilia itu menjadi koleksi peribadi Hitler.
"Haiwan tidak terlibat dalam perang dan politik, dan tidak masuk akal untuk menyalahkan ia atas dosa manusia," tulis zoo tersebut.
Sumber Facebook MoscowZoo
Zoo Moscow menambah ia satu kebanggaan kerana dapat menjaga reptilia jantan itu sehingga ke akhir hayatnya dengan tahap penjagaan yang maksimum.
Saturn dikatakan amat memilih makanan dan memiliki ingatan yang baik terhadap penjaganya.
Dalam propaganda Nazi, Hitler yang dilaporkan meninggal dunia pada 30 April 1945, digambarkan sebagai pencinta haiwan.
Topic Berkaitan
#Adolf Hitler
#Amerika Syarikat
#Buaya Hitler
#Hitler
#koleksi peribadi Hitler
#Moscow
#Nazi
#propaganda Nazi
#Rusia
#Saturn
#serangan bom di Zoo Berlin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan