Syarikat teknologi multinasional, Amazon mengarahkan semua kakitangannya memadam aplikasi Tik Tok daripada peranti mereka.

Arahan dikeluarkan atas alasan risiko keselamatan.

Dalam memo syarikat, Amazon meminta aplikasi itu dipadamkan daripada peranti yang mempunyai akses kepada emel syarikat.

Aplikasi itu yang dibangunkan syarikat China kini menjadi tumpuan susulan kebimbangan ia boleh berkongsi data.

Tik Tok dilancarkan syarikat Byte Dance.

Popularitinya di peringkat global meningkat ketika majoriti negara melaksanakan perintah kawalan pergerakan.

Sejumlah 315 juta pengguna memuat turun aplikasi itu bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Aplikasi itu kini diharamkan di India dan Amerika Syarikat.