awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika edarkan video bukti, minta sokongan

Astro Awani
Astro Awani
08/09/2013
09:59 MYT
Amerika edarkan video bukti, minta sokongan
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menegaskan jika senjata kimia Bashar Al-Assad tidak ditangani, ia sekaligus menjejaskan kedaulatan Amerika Syarikat.
Dalam ucapan mingguannya, Obama berkata Washington telah mengemukakan bukti kukuh bahawa kerajaan Syria mendalangi serangan kimia ke atas rakyatnya di Ghoutah.
Pihak berkuasa Amerika mengedarkan video digital yang dikatakan bukti penggunaan gas sarin dalam serangan 21 Ogos berhampiran Damsyik.
Video berkenaan dikatakan rangkuman kepada rakaman serangan gas yang digunakan dalam taklimat sulit kepada kongres minggu lepas.
Pegawai terlibat dikatakan mendapat kebenaran bagi mendedahkan taklimat sulit itu tanpa mendedahkan namanya.
Bagaimanapun kesahihan video itu tidak dapat dipastikan.
Video berkenaan turut dimuat naik kumpulan pembangkang Syria ke Youtube. Ia melibatkan beberapa lokasi antaranya Jawbar, Timur Ghouta, Duma dan Ayn Tarma.
Obama turut mengulangi jaminan bahawa serangan dilancarkan akan menggunakan pendekatan terhad tanpa melibatkan tentera darat.
Apa yang penting jelasnya, operasi ketenteraan itu bertujuan melemahkan kekuatan senjata kimia dimiliki rejim Al-Assad dan menghalang daripada terus membunuh penduduk awam.
Dalam sidang kemuncak Kumpulan 20 di St. Petersburg pada Jumaat, Obama gagal meraih sokongan pemimpin negara anggota untuk menyerang Syria.
Beliau turut mengakui sukar mendapat sokongan padu Kongres.
Pentadbiran White House mendakwa serangan kimia di pinggir Damsyik mengakibatkan lebih 1400 penduduk awam terbunuh termasuk 426 kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Bashar al-Assad
#Damsyik
#Obama
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan