awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan

Bernama
Bernama
29/01/2025
23:45 MYT
Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Trump kecewa dengan hasil kempen pengusiran besar-besaran yang dilancarkan dan telah mengarahkan Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam meningkatkan tangkapan daripada beberapa ratus kepada 1,200 ke1,500 orang sehari. - Gambar Reuters
MOSCOW: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah meningkatkan sasaran penahanan harian pendatang tanpa izin kepada 1,800 orang, lapor New York Post yang memetik pelbagai sumber.
Awal minggu ini, Washington Post melaporkan, Trump kecewa dengan hasil kempen pengusiran besar-besaran yang dilancarkan dan telah mengarahkan Agensi Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) meningkatkan tangkapan daripada beberapa ratus kepada 1,200 ke1,500 orang sehari.
Menurut laporan akhbar itu pada Selasa, pentadbiran Trump kini menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.
Sejak Trump memegang jawatan, ICE telah melakukan lebih 4,500 tangkapan dan melaksanakan serbuan di beberapa bandar utama AS, termasuk New York, Denver, Chicago, Los Angeles dan Boston, dengan Rumah Putih dilaporkan mahu kadar penguatkuasaan lebih tinggi.
Selepas upacara angkat sumpah pada 20 Jan, Trump berikrar untuk segera menghentikan kemasukan pendatang tanpa izin ke sempadan AS dan memulakan proses pengusiran berjuta-juta individu.
Beliau juga mengisytiharkan darurat kebangsaan berhubung situasi di sempadan selatan AS. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Presiden Donald Trump
#pendatang tanpa izin
#ice
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan