awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMM 55 di Phnom Penh dijangka bincang mengenai isu AS-China

Bernama
Bernama
03/08/2022
22:15 MYT
AMM 55 di Phnom Penh dijangka bincang mengenai isu AS-China
Menteri-menteri Luar ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN bergambar ramai ketika pembukaan AMM 55 di sebuah hotel di Phnom Penh, Kemboja, 3 Ogos 2022. (Foto AP)
BANGKOK: Isu lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan yang mencetuskan kontroversi dijangka menjadi antara agenda perbincangan pada Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN Ke-55 (AMM 55) dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan yang sedang berlangsung di Phnom Penh, Kemboja.
Menteri Luar China Wang Yi dan Setiausaha Negara AS Antony Blinken yang dijadual tiba di Phnom Penh untuk menghadiri sesi mesyuarat rakan dialog pada Khamis dan Jumaat juga dijangka menjadi tumpuan.
Setiausaha Kementerian Luar Kemboja Kung Phoak berkata AMM 55 akan mengambil peluang untuk membantu meredakan ketegangan antara China-AS, susulan lawatan Pelosi itu.
"Saya berpendapat menteri-menteri luar ASEAN akan mengambil peluang untuk berbincang dan mencari titik persamaan bagi memastikan situasi di Taiwan stabil dan tidak membawa kepada sebarang konflik," katanya.
Selain itu, AMM ke-55 dan Mesyuarat-mesyuarat Berkaitan juga akan membincangkan isu berkaitan Myanmar termasuk pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC).
China membantah tindakan Pelosi dan berikrar untuk melancarkan 'tindakan ketenteraan bersasar" sebagai tindak balas terhadap kunjungan itu.
Media melaporkan bahawa Beijing telah memulakan latihan ketenteraan di perairan utara, barat daya dan tenggara Taiwan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AMM 55
#ASEAN
#Nancy Pelosi melawat Taiwan
#Menteri Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan