Skip to main content

Dunia

Amnesty gesa negara anggota ICC tahan Netanyahu

Amnesty menegaskan negara anggota ICC perlu mematuhi obligasi mereka di bawah undang-undang antarabangsa dan tidak mengabaikan waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah itu. - Foto fail/REUTERS
Amnesty menegaskan negara anggota ICC perlu mematuhi obligasi mereka di bawah undang-undang antarabangsa dan tidak mengabaikan waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah itu. - Foto fail/REUTERS

Advertisement

LONDON: Amnesty International mengingatkan negara-negara anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bahawa mereka mempunyai kewajipan undang-undang untuk menahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sekiranya beliau memasuki wilayah mereka.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, pertubuhan hak asasi manusia itu merujuk kepada keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu.

Amnesty berkata negara-negara anggota mahkamah tersebut diwajibkan menahan dan menyerahkan Netanyahu kepada ICC jika beliau berada dalam bidang kuasa mereka.

 

 

Pertubuhan itu turut mengkritik dasar dan tindakan kerajaan Netanyahu yang didakwa berkaitan dengan perluasan penempatan haram Israel serta pelanggaran hak asasi manusia yang serius di Tebing Barat dan Gaza.

Amnesty menegaskan negara anggota ICC perlu mematuhi obligasi mereka di bawah undang-undang antarabangsa dan tidak mengabaikan waran tangkap yang dikeluarkan mahkamah itu.

Kenyataan itu dibuat ketika konflik di Gaza terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dan meningkatkan tekanan terhadap kerajaan Israel berhubung dakwaan pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

 

 

Must Watch Video

Advertisement