Skip to main content

Dunia

Anak David Beckham curi perhatian dengan penampilan bertemakan Argentina di Piala Dunia 2026

David and Victoria Beckham were seen with their sons Romeo and Cruz, alongside their partners, Kim Turnbull and Jackie Apostel, ahead of the FIFA World Cup Round of 32 match between Argentina and Cape Verde at Miami Stadium.
Romeo (dua, kiri) tampil menggayakan jaket vintaj berwarna biru dan putih yang sinonim dengan Argentina, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak di media sosial. -Foto IG Holausa
Advertisement

MIAMI: Anak kedua legenda bola sepak England David Beckham mencuri perhatian pengguna media sosial apabila hadir menyaksikan aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 antara Argentina dan Cape Verde awal pagi tadi.

Romeo Beckham, 23, dilihat berada di tempat duduk penonton Stadium Hard Rock bersama teman wanitanya, Kim Turnbull, ketika Argentina menewaskan Cape Verde 3-2 menerusi masa tambahan.

Sorotan lensa media dan hantaran di Instagram Stories memaparkan Turnbull memakai jersi tradisi skuad Albiceleste bernombor 10 dengan nama Lionel Messi di bahagian belakang.

Romeo pula tampil menggayakan jaket vintaj berwarna biru dan putih yang sinonim dengan Argentina, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat bola sepak di media sosial.

Penampilan pasangan itu turut menjadi perhatian memandangkan bapanya, David Beckham, pernah melalui antara detik paling sukar dalam karier antarabangsanya selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Argentina pada Piala Dunia 1998.

Bekas kapten England itu, yang turut berada di stadium dan duduk beberapa baris di hadapan anaknya, sebelum ini pernah mendedahkan beliau menjadi sasaran kritikan hebat di United Kingdom susulan insiden melibatkan Diego Simeone dalam kejohanan berkenaan.

Bagaimanapun, pemerhati sukan berpendapat situasi itu bukan sesuatu yang luar biasa memandangkan Beckham mempunyai hubungan rapat dengan Lionel Messi menerusi Inter Miami, kelab Major League Soccer (MLS) yang dimilikinya bersama beberapa rakan kongsi.

 

Must Watch Video

Advertisement