awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ancaman bom nuklear di Gaza sangat membimbangkan - Maldives

Bernama
Bernama
06/11/2023
13:25 MYT
Ancaman bom nuklear di Gaza sangat membimbangkan - Maldives
Ancaman nuklear oleh menteri Israel itu telah mencetuskan lebih banyak kebimbangan di Asia Barat dan kemungkinan akan menyebabkan konflik serantau yang lebih meluas. - Gambar fail/AP/Abed Khaled
NEW DELHI: Kerajaan Maldives pada Isnin mengutuk tindakan Israel yang mengancam mahu menggunakan bom nuklear terhadap Gaza.
"Kenyataan itu amat membimbangkan, terutama Israel sudah pun menceroboh dan membunuh orang awam yang tidak bersalah di Palestin," kata kerajaan Maldives dalam satu kenyataan.
Kemarahan antarabangsa semakin meningkat ekoran Israel terus mengingkari gesaan supaya menghentikan pengeboman yang dilakukan sewenang-wenangnya terhadap 2.3 juta penduduk Gaza.
Penyokong utama Israel, Amerika Syarikat, Britain dan Kesatuan Eropah juga menghadapi tekanan yang semakin meningkat supaya menghentikan malapetaka kemanusiaan di Palestin.
Ramai yang membangkitkan sikap doublespeak Barat mengenai hak asasi manusia dalam sokongan mereka terhadap Israel.
Menteri Luar Sri Lanka Ali Sabry berkata: "Pakatan secara kolektif dunia kononnya bertamadun, menindas manusia paling malang di bumi...di manakah negara-negara yang mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia.
"Keputusan terpilih dan tersirat anda tidak mengejutkan sama sekali," kata Sabry.
Israel telah memusnahkan sejumlah besar sekolah, masjid, kawasan kejiranan dan hospital di Gaza.
Ambulans yang membawa mangsa turut menjadi sasaran tentera udara Israel.
Ancaman nuklear oleh menteri Israel itu telah mencetuskan lebih banyak kebimbangan di Asia Barat dan kemungkinan akan menyebabkan konflik serantau yang lebih meluas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom nuklear
#kawasan kejiranan
#orang awam
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan