Angelina Jolie ceritakan pengalaman ancaman dron selepas melawat Ukraine

Angelina telah melawat wilayah Kherson dan Mykolaiv, dan bertemu keluarga yang tinggal berhampiran garisan hadapan Ukraine. - Foto Instagram/Angelina Jolie
KYIV: Bintang Hollywood Angelina Jolie menggambarkan ancaman berterusan serangan dron yang dihadapi penduduk berhampiran garisan hadapan Ukraine, susulan lawatan mengejutnya ke negara itu awal minggu ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
- Angelina Jolie menggambarkan ancaman serangan dron di Ukraine sebagai 'safari manusia' yang menakutkan penduduk berhampiran garisan hadapan.
- Jolie memaklumkan bahawa penduduk tempatan terpaksa hadapi keadaan itu sebagai rutin harian, dengan banyak keluarga memindahkan sekolah dan hospital ke tempat perlindungan bawah tanah.
- Beliau menyoroti penderitaan rakyat di Sudan, Gaza, dan wilayah konflik lain sambil memuji keberanian petugas bantuan dan sukarelawan.
Jolie menjelaskan bahawa beliau memakai pakaian pelindung dan hanya berada di sana selama beberapa hari, tetapi bagi penduduk tempatan, keadaan itu merupakan rutin harian mereka.
Media sebelum ini melaporkan mengenai lawatan Jolie ke Ukraine meskipun perang masih berterusan, di mana beliau dilihat bertemu kanak-kanak di sebuah tempat perlindungan bawah tanah. Dalam hantarannya kali ini, beliau menceritakan sendiri pengalaman berkenaan.
Menurut hantaran itu, pelakon berkenaan telah melawat wilayah Kherson dan Mykolaiv, dan beliau bertemu keluarga yang tinggal berhampiran garisan hadapan.
Ramai antara mereka telah memindahkan sekolah dan hospital ke tempat perlindungan bawah tanah untuk keselamatan. "Ia sukar tetapi memberi inspirasi untuk disaksikan," katanya.
Beliau turut menarik perhatian terhadap penderitaan rakyat di Sudan, Semenanjung Gaza dan wilayah konflik lain, sambil memuji keberanian petugas bantuan dan sukarelawan.
"Adalah sukar difahami bagaimana dalam dunia yang mempunyai keupayaan diplomasi begitu tinggi, orang awam di Ukraine, Sudan, Gaza, Yaman, Republik Demokratik Congo (DRC) dan banyak tempat lain masih menderita setiap hari - seolah-olah tiada apa yang dapat dilakukan oleh mereka yang berkuasa untuk menamatkan konflik dan melindungi semua orang awam secara saksama," tulisnya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


