Anggota keselamatan hantar bantuan banjir di utara Bolivia
Pihak berkuasa tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu dan berjaya mengagihkan bekalan.
Agensi
Mon Mar 04 2024
Pemandangan sebahagian bandar Cobija di Bolivia, 28 Feb 2024, di mana Sungai Acre di sempadan Bolivia-Brazil, telah melimpahi tebing akibat hujan lebat. (Foto AP)
ANGKATAN bersenjata Bolivia dan kakitangan pertahanan awam diarah menghantar bekalan makanan, air dan bantuan perubatan kepada mangsa banjir di utara Bolivia pada Sabtu.
Pihak berkuasa berjaya tiba di lokasi yang terputus akses akibat banjir dengan menggunakan perahu, mengagihkan bekalan dan menawarkan sokongan perubatan kepada penduduk berdepan bencana itu.
Hujan lebat dilaporkan melanda kawasan Andes, Amazon, dan lembah Bolivia tengah pada minggu lalu.
Perkhidmatan Meteorologi dan Hidrologi Kebangsaan memaklumkan paras hujan Februari telah jauh melebihi paras dalam sejarah, terutama di La Paz dan Potosi.
Bolivia mengisytiharkan darurat pada 28 Feb selepas Sungai Acre melimpah, memaksa 570 keluarga dari 14 komuniti meninggalkan rumah menuju tempat perlindungan.
Reliefweb melaporkan pada 1 Mac, banjir kali ini bertambah buruk akibat fenomena El Nino dan setakat ini telah meragut 40 nyawa serta melibatkan lebih 15,000 keluarga di seluruh negara.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini