awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/03/2025
00:50 MYT
Anggota polis bunuh anak sendiri berusia dua bulan
Kubur bayi itu telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya. - Gambar hiasan
SEMARANG: Pasukan polis digemparkan dengan kejadian melibatkan salah seorang anggota mereka yang membunuh anaknya sendiri.
Lebih mengejutkan pembunuhan bayi berusia dua bulan itu dilakukan individu berpangkat Brigadir dikenali sebagai AK yang merupakan anggota risikan di bawah Direktorat Intelijen Keamanan (Ditintelkam) Polda Jawa Tengah.
Insiden itu dilaporkan sendiri oleh isterinya, DJP, 24 pada awal bulan lalu.
Siasatan awal pihak berkuasa mendapati DJP meninggalkan bayi mereka kepada suaminya untuk dijaga sementara dia pergi berbelanja.
Dia terkejut selepas kembali ke kereta dan mendapati anak mereka sudah kaku akibat dicekik dan terus membawanya ke hospital.
"Dia disahkan meninggal dunia di rumah sakit. Pelaku juga sudah diberkas dan akan disoal siasat," kata Kabid Humas Polda Jateng, Kombes Pol Artanto pada Selasa.
Menurutnya lagi, kubur bayi itu juga telah digali semula untuk melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.
Sehingga kini, motif sebenar pelaku berbuat demikian masih disiasat.
"Kes ini akan mengikut prosedur ditetapkan tanpa mengira status pelaku," jelas Artanto lagi. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#bayi
#anggota polis
#bunuh
#bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan