awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Muda Perlis bertemu Imam Masjid Nabawi di Madinah
Kes 1MDB: Bebas atas tidak Najib kekal di Penjara Kajang, jalani hukuman kes SRC International
"Siapa yang tidak setuju dengan saya tidak akan jadi Pengerusi Rizab Persekutuan" - Presiden Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anggota polis maut ditembak di Pattani

Bernama
Bernama
11/06/2023
11:07 MYT
Anggota polis maut ditembak di Pattani
Anggota polis itu terkena tembakan di bahagian kepala dan badan manakala dua lagi pegawai SRT dilaporkan selamat. - Gambar fail/ Bernama
PATTANI: Seorang anggota polis yang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api maut ditembak sekumpulan lelaki di Khok Pho, Pattani, selatan Thailand.
Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari Sabtu, anggota polis yang berusia 22 tahun itu bersama dua lagi pegawai State Railway of Thailand(SRT) sedang bertugas di pondok pengawal landasan kereta api.
Ketua Polis Na Pradu Kol.Pol.Chatchai Chanasit berkata enam lelaki yang menyamar sebagai wanita lengkap bertudung, menunggang tiga buah motosikal telah melepaskan tembakan ke arah pondok pengawal terbabit.
"Anggota polis itu terkena tembakan di bahagian kepala dan badan manakala dua lagi pegawai SRT dilaporkan selamat. Mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Khok Pho kemudian disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau menambah bahawa suspek turut merampas pistol milik mangsa sebelum melarikan diri.
"Motif kejadian masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pattani
#selatan thailand
#polis ditembak
#tembak polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan